Skip to main content

Posts

Kari Ikan Ala2 Mamak...

  Lunch time ni sempat masak "campak2" saja dalam periuk.  Kari ikan jenahak ni. Mr. Husband req..teringat kari mamak katanya..hmmmm..makanya selesai meeting di sebelah pagi dan masuk masa lunch time tu masak la sekejap..sedap sangat pekena dengan sambal lada mudah2 dan simple. Cili api tumbuk, masukkan secoit bawang putih, garam gula dan peraham air asam jawa. Buat kari ikan ala mamak ni sangat mudah bahan2nya. Hanya bahan2 mudah saja: kari ikan, serbuk cili, herba campur, daun kari, bawang merah, bawang putih, dan halia dimayang, tomato, bendi dan santan kotak kecil, dan sedikit air asam jawa. Walaupun pesen kari mamak, saya tetap juga letak santan cket..😅 Cara-cara: 1. Panaskan minyak. Saya suka minyak lebih jika kari style mamak ni. 2. Tumiskan hingga perang bawang merah, bawang putih dan sedikit halia yang telah dimayang. Semasa proses tumis ni masukkan sekali rempah campur. Atau ore kelate panggil herba campur. Ada jual di sesetengah kedai. Kalau tak ada, tak perlu ma...

Kek Pisang Guna Blender...

Hari kerja walaupun BDR memang selalu full dengan meeting. Rest masa lunch hour saja...meeting penuh. Dalam kalut dok ternampak aje masih ada pisang berangan di atas menja yang semakin meranum. Terfikir pula nak buat kek pisang.  Habis mempengerusikan temuduga, terus masuk dapur...capai empat biji pisang di atas meja dan terus masuk blender...10 minit prep done...hehe..cepat bagai charlie chaplin gayanya. Sebab pukul 3 pm ada satu meeting lagi. Buat kek pisang blender ni tak susah sangat..simple saja. Saya just blend satu cawan minyak masak, satu cawan gula perang, tiga biji telur dan setengah sudu teh garam. Blend hingga hancur betul dalam lima enam kali tekan punat blender. Kemudian slice kan kecik2 pisang tu dan masuk dalam blender. Blend lagi sekali hingga betul2 hancur. Dalam bekas lain, masukkan 1 dan 3/4 cawan gandum, satu sudu teh soda bikarbonat dan satu sudu besar baking powder. Kacau serata dan boleh tuangkan bahan yang diblender tadi ke dlm tepung. Kacau serata mengguna...

Donut Kampung...

  Hujung minggu bertandang kembali...hari ini walaupun penuh meeting pagi petang...tetap juga buat apa yang saya suka buat di hujung minggu... last week dah tak sempat buat kuih sebab meeting full Sabtu dan Ahad. Makanya Sabtu kali ni, tak kira dah walau ada meeting pun tetap nak buat juga donut ni. Justerunya masa rehat,  lunch time tu p bancuh tepung untuk buat Donut😂. Aduhaiii..anggerikdesa dengan hal masak-memasak ni berpisah tiada... Donut ni namanya "Donut Kampung". Tak rumit sangat membuatnya. Mengapa dipanggil Donut Kampung sebab rupa atau bentuknya kecik2 dan "herot peto'"...sgt mudah, tak perlu uli lama...lepas bancuh terus perap dlm satu setengah jam atau dua jam...lepas tu saya terapkan bulat2 dan biarkan begitu sehingga saya habis meeting sebelah ptgnya...adehhh lama la pulak meeting....nasib baik tak turun ranap balik donut ni sbb terlebih lama sgt😅...donut ni saya buat dua jenis, satu yg ada lubang dan satu lagi yang takdok lubang...rasa sama a...

Empat Golongan Yang Dijadikan Tauladan...

Malam ini ingin berkongsi berkaitan tajuk yang dinyatakan ini. Selepas selesai mengadap laptop ni menyelesaikan kerja-kerja ofis dan persiapan untuk meeting di awal pagi esok, rasanya macam tidak lengkap jika tidak "say hi" dulu ke sini sebelum menutup laptop ni, makanya menjenguk lah sekejap ke blog sekadar menitipkan tulisan ringkas walaupun badan sebenarnya sudah memberi signal sudah penat. Sekadar berbincara berkaitan empat golongan manusia yang disebut oleh Rasulullah SAW yang tidak tersentuh oleh api neraka. Justeru itu, empat golongan ini boleh dijadikan tauladan dan sama-sama kita berusaha untuk memiliki sifat sebegini dalam hidup: 1. Hayyin Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan diri lahir dan batin. orang ini tidak mudah memaki dan melaknat. 2. Layyin Orang yang lembut dan baik santunannya dalam bertutur kata dan tidak bersikap kasar. 3. Sahl Orang yang tidak mempersulitkan urusan bahkan mempermudahkan segala sesuatu, dan selalu ada cara untuk selesaikan setia...

Positive Thinking..

Positive thoughts are life enhancing. They empower you and make you feel stronger and more confident.  Positive thinking is not just a motivational idea. It has measurable, constructive effects on your personality, your health, your levels of energy, and your creativity.  The more positive and optimistic you are, the happier you will be in every area of your life.  Negative thoughts bring about the opposite. They disempower you and make you feel weaker and less confident. Whenever you think or say something negative, you give your power away. You feel angry and defensive. You feel frustrated and unhappy.  Over time, negative thinking can make you physically ill, and even poison your relationships. Positive thinking leads to mental health and peak performance. Negative thinking leads to mental illness and decreased effectiveness.  Your goal, therefore, if you want to live a wonderful life, is to cultivate positive emotions and get rid of negative emotions....

Talk To Yourself Positively...

 TALK TO YOURSELF POSITIVELY "The most powerful words in your vocabulary are the words that you say to yourself and believe.Your self-talk, your inner dialogue, determines 95 percent of your emotions. When you talk to yourself, your subconscious mind accepts these words as commands. It then adjusts your behavior, your self-image, and your body language to fit a pattern consistent with those words.  "From now on, talk to yourself only in terms of what you want to be and do. Refuse to say anything about yourself that you do not sincerely desire to be true. Repeat the powerful, positive words, “I can do it!” over and over. Prior to any event of importance, repeat the words, “I like myself!” Say, “I’m the best! I’m the best! I’m the best!” again and again like you really mean it. Then, stand up straight and strong, put a confident smile on your face, and do the very best of which you are capable. Soon it will become a habit." Buku: Change Your Thinking Change Your Life Oleh:...

Vitamin Diri Yang Sangat Hebat...

Sesuatu yang tidak perlu diberikan jawapan, maka biarlah ia terus berlalu tanpa jawapan sehingga akhirnya ia hilang dan berlalu pergi dari ingatan. Serah sebulatnya kepada Allah...Allah maha tahu dan maha mentadbir dan mengatur...Ya Allah Ya Bariq. Jika itu yang terbaik maka akur begitu. Semua yang Allah susun dan atur adalah yang terbaik. Bila kita redha dan berlapang dada, maka insyaAllah laluan kita mudah dan lancar. Jika kita perlu mengorbankan perasaan kita sendiri demi mencari redha Allah, maka lakukan lah..perit di permulaan itu pasti...bertahan lah. Allah tahu apa yang kita lalui...serah pada Dia. Allah tahu untuk menyusunnya. Akhirnya alah bisa tegar biasa. InsyaAllah. Latih diri untuk berdamai dengan rasa. Rasa itu datang silih berganti dan hidup kita..pahit dan manis itu lumrah. Jika pahit maka itu penawar dan jika manis maka itu pengubat. Kedua-duanya adalah indah jika kita berdamai dengan keduanya. Gabungan kedua-duanya adalah penguat kepada diri. Indah sangat rupanya kehi...