Skip to main content

Posts

Lepat Pisang Sedap...

Al-kisah cerita bagaimana terjadinya "kemenjadian" lepat pisang ni.  Pagi tadi tertengok di status adik ipar di kampung yang up kan mak saya buat lepat pisang sempena ada Majlis Cabut Kutu. Sebulan sekali memang ramai lah geng mak saya berkumpul di rumah untuk sesi cabut kutu ni. Cabut kutu ni bukan cabut kutu kepala ya...kutu adalah konsep tabungan/simpanan bulanan ahli yang bermain kutu, dan sebulan sekali akan ada sorang yang dapat...begitu la seterusnya pada setiap bulan sehinggalah selesai semua ahli mendapat giliran. Okey berbalik kepada cerita lepat tadi, dek kerana terliur punya pasal lepat pisang hasil air tangan mak saya, makanya mula saya berkreativiti untuk membuatnya...terbayang rasa sedap lepat pisang mak saya...saya jamin sedap cukup lengkap lemak manis nya walaupun saya tahu mak saya jarang sekali sebenarnya buat lepat pisang. Sayapun minta Mr. Husband p cari pisang dan daun pisang...malangnya pisang aje dapat, daun pisang memang tak ada jual di Kedai Acheh ni...

Ayam Bakar Air Fryer

Lama sungguh pulak rasa tak menulis tentang resepi. Petang ni kita santai2 menulis tentang resepi mudah dan sangat ringkas ini. Ore kelate kata "semesek". Semesek ni membawa makna mudah atau orang putih kata "very easy"...agittthewww.. Lunch tadi saya masak ayam bakar ni. Bakar guna air fryer saja, mudah, cepat dan tidak kotorkan pan pembakar...senang sangat...masa pun jimat.  Paling saya suka adalah warna kuning keperangan ayam bakar ni memang mencapai standard idaman pembakarnya...hehe..mmg terapi betul rasa kat hati bila tgok warnanya...cantik sungguh. Itu agaknya orang kata memasak ni terapi diri... Jom kita tengok bahan perapan mudah dan simple sangat. Saya guna apa yang ada di dapur saja...ore kelate kata "capok-capok jah"...campak- campak aje bahan2nya...hehe. Bahan-bahan: 1. Ayam satu ekor belah empat. Minta orang kedai terus potong empat ya. 2. Tiga ulas bawang putih dan dua ulas bawang merah. 3. Setengah sudu kecil lada hitam 4. Sedikit sos cili,...

Bual Bicara Hebat!

Setiap orang sudah pasti mengimpikan untuk menjadi seorang yang hebat dalam bual bicaranya. Namun tidak semua orang memiliki keberanian untuk berbicara kerana bicara hebat ini bergantung kepada banyak faktor. Ada orang hebat bicaranya kerana memang telah dilahirkan dan diberi Allah kelebihan begitu "gifted". Ada orang bukan dilahirkan semulajadi nya mempunyak kelebihan begitu tetapi dia berminat, dia mencari dan mengasah bakatnya all the way dia punya journey. Memiliki bicara hebat ini, pada saya menuntut lima perkara wajib yang perlu ada dalam diri seseorang itu. 1. Berilmu dan berpengetahuan luas. Seseorang yang ingin lebih berkeyakinan untuk berbicara, perlulah mempunyai knowledge yang tinggi, atleast dalam bidang kepakarannya. Tanpa ilmu pengetahuan kita tidak boleh hebat bercakap kerana apa yang kita cakap itu mestilah benar faktanya. Kalau kita hebat bercakap dgn "fakta yang auta" maka kita tidak akan pergi jauh dan tidak akan bertahan lama. 2. Mempunyai perso...

Hati Yang Tidak Pernah Puas. .

Sesambil duduk berehat...terlintas nak menulis tajuk ini....makanya capai phone dan buka blog...terus menaip. Penulisan santai ni biasanya saya menulis guna phone saja...kalau yang berat2 sikit tu kena buka laptop sebab banyak rujukan perlu dibuat sebelum penulisan dibuat. Soal "hati yang tidak pernah puas..." Bila membaca kenyataan pendek di atas apa agaknya yang hadir dalam pemikiran kita. Hati yang tidak pernah puas ini boleh dikaitkan dengan macam-macam sebenarnya. Antaranya adalah: 1. Kurang keimanan dalam diri. Kurangnya keimanan dalam diri menjadikan manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki...kurangnya iman itu menjadikan manusia merasakan dunia ini tidak akan berakhir dan kehidupannya tidak akan menemui noktah...kurangnya iman kepada Allah menjadikan manusia tidak menghayati dan memahami hakikat Qada dan Qadar Allah. 2. Kurang rasa bersyukur dalam diri. Kurang rasa bersyukur menjadikan manusia sentiasa rasa tidak cukup dan tidak puas dgn apa yang ada....

Bicara Manis...

Penulisan malam ni hanya sekadar penulisan santai "main redah" dan berbasa basi saja...seronok2 killing time ajerrr. Bicara manis ni merujuk kepada tutur kata yang elok dan baik-baik saja yang keluar dari mulut kita. Dalam konteks komunikasi, bicara kita akan memberi kesan yang baik kepada orang lain andainya bicara itu membahagiakan dan begitu lah sebaliknya. Di mana kata-kata kita akan menyinggung hati dan perasaan orang lain sekiranya ianya menyakitkan. Justeru, dalam perbualan seharian, pastikan kita menuturkan bicara manis dan indah sahaja agar tiada hati yang terluka dengan tutur kata kita. Kita perlu ingat komunikasi yang baik (tutur kata berbalas) dan berkesan adalah apabila kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi mendapat kepuasan dan secara bersama dan tiada salah faham yang berlaku antara keduanya. Secara ringkas bagaimana agaknya untuk kita memastikan bicara atau tutur kata kita itu adalah yang baik-baik dan indah. Sudah pasti ada kaedahnya yang perlu diketahui....

Personaliti Orang Berdarah "O"...

Kali ni lari topik sikit untuk menulis. Malam semalam terbaca di internet mengenai Fakta Orang Berdarah "O". Tidak sengaja mencari topik ini sebenarnya, saya sedang mencari info tentang perkara lain tapi tulisan ini tiba-tiba muncul di skrin telefon bimbit ni...makanya baca sampai habis sebab saya sentiasa menganggap apa jua yang Allah hadirkan di mata saya, maka ada "sesuatu" yang ingin Allah sampaikan. Setelah habis pembacaan, hati saya berbisik, "Wah, menarik juga fakta orang berdarah "O" ni". Justerunya, oleh kerana fakta ini agak menarik, makanya saya kongsikan di sini. Mungkin boleh menjadi perangsang dan motivasi kepada diri sendiri dan pengunjung yang turut berminat dengan fakta ini. Saya catatkan sumber asal tulisan ini. Sumber: myinfomaya.com Kata penulis berkenaan personaliti orang berdarah "O" ini adalah: 1. Seorang teman yang sejati! Dia tidak akan mengkhianati teman sendiri! 2. Komitmen tinggi! Apapun kerja yang dilakukan ...

Kadang-kadang terfikir...

Kadang-kadang terfikir mengapalah kita manusia ni memang begitu mendambakan dan taksub dengan duniawi. Hakikat ini sebenarnya memonopoli majoriti orang termasuklah diri saya juga. Sesekali datang di pemikiran, mengapalah perlu ada tamak, haloba, gila kuasa, perebutan, perbalahan, pergaduhan, pembunuhan, dan sebagainya lagi yang berbentuk keduniaan, sedangkan pada hakikatnya kita tidak lamapun hidup atas dunia ni.  Betapa ketaksuban kepada dunia itu seakan kita akan hidup selamanya di dunia...seakannya kita akan kekal gagah perkasa dan berkuasa selamanya...seakannya tiada istilah "mati" dalam kamus kehidupan kita. Sedangkan hakikatnya, Allah telah sebut bahawa "setiap yang bernyawa itu akan merasai mati", makanya mengapa kita tidak menghayati dengan sedalamnya hakikat itu. Mati itu pasti...anak kecil, remaja, dewasa, dan orang tua semuanya akan mati bila tiba saat janji Allah. Semua orang akan mati tidak mengira umur, pangkat, kaya atau miskin. Justerunya, bawalah di...