Skip to main content

Posts

Buat Dengan Hati dan Letak Jiwa...

Buat Dengan Hati, Letak Jiwa, & Ikhlas anggerikdesa Sesuatu itu kalau kita buat dengan hati dan meletakkan jiwa di dalamnya..pasti hasilnya indah dan hebat...seindah keikhlasan yang kita berikan...justeru amalkan secara istiqamah BUAT DENGAN HATI, LETAK JIWA, dan IKHLAS Hayati sepenuhnya pengertian IKHLAS..ikhlas itu adalah apabila: 1. Kita melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa jua balasan dan ganjaran daripada manusia, sebaliknya hanya redha Allah saja yang diharapkan. 2. Kita sentiasa okey dan steady, walau orang tak hargai kita, tak ucap terima kasih dan tak nampak kita atas apa jua yang kita lakukan. 3. Kita tidak marah dan tidak berkecil hati kalau orang tak hargai. 4. Hati kita tidak mudah terusik dan tersentuh malah kita terus berjiwa besar dan sentiasa mengukirkan senyuman. 5. Kita terus istiqomah dengan niat kita dan tujuan kita, walau orang tidak pandang dan tidak hargai. RZH 15 Jun 2020

Reset Minda...

RESET MINDA DI AWAL PAGI anggerikdesa Santai dan ringankan fikiran daripada apa jua perkara yang negatif..kerana apa, kerana benda2 yang negatif boleh menyebabkan aura negatif mengelilingi kita...kesannya apa? Aura negatif akan melemahkan kita..badan kita letih, fikiran kita tidak aktif, hati dan perasaan kita resah dan kita jadi tidak bersemangat...Justeru, mengapa perlu kita membiarkan gelombang negatif menakluki hati dan diri kita sedangkan kita tahu ia akan menjadi benteng kepada kebahagiaan, keceriaan, kedamaian dan ketenangan yang kita perlukan untuk sukses dalam kehidupan. Apa dia yang negatif itu, antaranya: 1. Jangan marah2. 2. Jangan berleter dan membebel 3. Jangan merungut2 4. Jangan bercakap tidak baik tentang orang lain..jangan mengata orang 5. Jangan berperasangka 6. Jangan berfikiran negatif Jom hindari gelombang negatif...fikir yang baik2 dan indah saja. Jangan risau kalau orang buat kita...itu soal dia dgn Allah...soal kita terus berikan senyuman dan kek...

Biasakan Yang Tidak Biasa...

Dalam hidup ni kalau kita biasakan benda yang tidak biasa makanya ia akan menjadi benda yang biasa kepada kita...apa jua perkara baru buat saja dulu..feel kan dulu...mulut jangan biasakan menyebut susah sebelum kita membuatnya...apa jua perkara bila kita fikir mudah insyaAllah mudah..itu konsep NLP...bila kita awal2 lagi fikir susah..memang sampai akhirnya pun susah... Contohnya, di permulaan PKP dulu yang bermula 18 Mac 2020...zoom meeting ini adalah perkara baharu bagi kebanyakan orang yang bekerja..mungkin ada yang dah biasa, tetapi ianya tidak menjadi kelaziman sangat pada masa sebelum PKP. Sekarang ni zoom meeting adalah perkara rutin dalam new normal ini. Semasa PKP, semua kerja2 ofis perlu dilaksanakan daripada rumah (WFH)...pada saat ini lah zoom meeting atau apa saja saluran meeting atas talian menjadi "sangat popular"...betul di permulaan (semasa meeting pertama) rasa agak janggal dan kekok...ya, benda baharu pada kita kan...tetapi bila meeting kedua, ketiga dan...

Biskut Sarang Semut Idaman...Sedap dan cair di mulut.

Malam ni bancuh adunan biskut raya lagi. Saja suka2 walau badan dah penat sebenarnya, tapi minat dan kesukaan tu melangkaui rasa penat..makanya bancuhlah juga adunan untuk Biskut Sarang Semut. Biskut sarang semut ni adalah antara biskut wajib saya buat untuk menyambut lebaran. Keluarga belah mertua sgt suka biskut ni, anak2 buah dan ipar duai memang penggemar setia. Membuatnya pun mudah dan seronok terutama bila part menyudukan masuk aduhan ke acuan paper cup nya dan kemudiannya menaburkan coklat rice di bhgn atasnya konon2nya semut la. Jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya. Bahan2: 1. Butter 250 gm (satu buku) 2. Gula kastor 3/4 cawan 3. 2 cawan tepung kastard 4. Satu cawan tepung gandum 5. Satu cawan tepung jagung 6. Telur kuning 2 biji 7. Satu sudu esen vanila Cara2: 1. Pukul sehingga sebati gula dan butter. Tak perlu lama sekadar sebati dan gula hancur. 2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati. 3. Masukkan semua tepung. Ayakkan dulu lebih baik. Ta...

Semperit Susu Cair Di Mulut...

Masa zaman remaja dulu saya memang takkan miss untuk buat biskut semperit ni. Kiranya biskut adalah biskut wajib buat setiap kali hari raya. Seakan macam tak sah kalau tak buat biskut ni. Sampai sekarangpun tetap setia dan wajib membuatnya. Cuma sekarang biskut semperit asli sudah diinovasikan dengan pelbagai bentuk dan rasa. Empat lima tahun lepas viral dengan semperit susu cair di mulut...saya jarang buat semperit susu ni... Pun begitu, hari ni saja jer "terlebih rajin" la pulak...pantang nengok oven dok rehat ada aje idea nak membaking. Makanya, sambil menunggu Perutusan YAB Perdana Menteri pukul 2.00 petang tadi, sempat saya membancuh adunan biskut ni...sambil mendengar perutusan sambil membuat adunan ni...hehe... Makanya siaplah beberapa balang tadi, petangnya saya buat setengah kg tepung jagung dan malamnya pula saya bancuh lagi sekali...aduhaiii..sudahnya sakit pula rasa badan...apapun minat punya pasal, sakitpun layan la juga. Masakan ni satu terapi diri buat sa...

Carbonara Chicken Pie Special...

Lama tidak menulis. Last entri pada 27 Spril 2020. Sudah 10 hari rupanya tidak mengunjungi blog. Kekangan waktu dan keadaan kesihatan menjadi faktor utama mengapa tidak dapat berkarya. Lewat pagi ni masih belum dapat melelapkan mata. Daripada tak buat apa lebih baik menulis. Sekadar penulisan simple saja...bercerita tentang carbonara chicken pie yang dibuat petang tadi sebagai juadah berbuka. Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. Bahan2: 1. 250gm tepung gandum 2. 120gm butter 3. 70 ml air sejuk dari peti 4. Gula icing 70gm 5. Telur kuning dua biji 6. Sedikit garam 7. Esen vanila 8. Satu sudu baking powder Cara2: 1. Campurkan semua tepung, butter, garam dan gula. Gaul dgn hujung jari sehingga jadi macam serbuk roti. 2. Masukkan telur kuning dan kacau. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Jangan over mix. 4. Masukkan adunan dlm plastik tutup rapat dan masukkan ke peti ais bhgn atas dlm setengan jam. 5. Sementara waktu boleh sedia...

Kuih Cara Manis Sedap dan Lembut...

Dessert menjadi pilihan di Ramadan ketiga adalah "kuih Cara". Kuih Cara ni adalah antara kuih tradisional orang2 tua dulu2 juga. Kalau kena membuatnya kuih ini memang sedap. Rasanya yang lemak2 manis dan lembut dengan lelehan air gula di dalamnya memang menggamit rasa nikmat sedapnya kuih ini. Kuih cara ini sangat mudah untuk disediakan yang penting kena ada acuannya. Kuih ini hanya menggunakan bahan yang memang tersesia ada di rumah. Kuih ini boleh dicantikkan dengan pelbagai warna, tapi kebiasaannya untuk kuih cara ni kebanyakan memilih warna pandan dan warna kuning sahaja. Saya memilih warna pandan, warna sebenar untuk kuih ini cara ini. Jom kita layan bahan-bahan dan cara membuatnya. Bahan-bahan: 1. Gandum 3 cawan 2. Air putih biasa 2 cawan 3. Setengah cawan air daun pandan 4. Telur dua biji 5. Santan 1 kotak kecil 6. Garam setengah sudu teh 7. Gula secukupnya. 8. Tiga helai daun pandan Cara-cara: Campur semua sekali bahan dan blend bersama kecuali daun p...