Skip to main content

Biasakan Yang Tidak Biasa...

Dalam hidup ni kalau kita biasakan benda yang tidak biasa makanya ia akan menjadi benda yang biasa kepada kita...apa jua perkara baru buat saja dulu..feel kan dulu...mulut jangan biasakan menyebut susah sebelum kita membuatnya...apa jua perkara bila kita fikir mudah insyaAllah mudah..itu konsep NLP...bila kita awal2 lagi fikir susah..memang sampai akhirnya pun susah...

Contohnya, di permulaan PKP dulu yang bermula 18 Mac 2020...zoom meeting ini adalah perkara baharu bagi kebanyakan orang yang bekerja..mungkin ada yang dah biasa, tetapi ianya tidak menjadi kelaziman sangat pada masa sebelum PKP. Sekarang ni zoom meeting adalah perkara rutin dalam new normal ini.

Semasa PKP, semua kerja2 ofis perlu dilaksanakan daripada rumah (WFH)...pada saat ini lah zoom meeting atau apa saja saluran meeting atas talian menjadi "sangat popular"...betul di permulaan (semasa meeting pertama) rasa agak janggal dan kekok...ya, benda baharu pada kita kan...tetapi bila meeting kedua, ketiga dan seterusnya ia sudah blend dgn diri kita..nak2 pula ia telah dipraktikkan selama tiga bulan secara aktif pula tu...kini zoom meeting sudah menjadi perkara biasa kerana ia telah "Di rutinkan" untuk 3 bulan selama tempoh PKP...yang akhirnya kini "yang tidak biasa" sudah bertukar menjadi "yang biasa". Bila ianya menjadi biasa, makanya tahap kecekapan kita sudah pasti lah semakin meningkat.

Maka begitu lah juga dengan kehidupan kita...apa jua yang memberi nilai tambah dan meningkatkan kualiti diri kita..maka Xplore la dulu...lalui lah, pelajari la, dan praktikkan lah..sehingga akhirnya ia menjadi perkara biasa kepada kita. Bila sudah menjadi biasa, maka semakin mudah untuk kita "lenggok" kan untuk mencapai objektifnya. Usah mudah menolak dengan mentah...kerana sayang lah ilmu itu terlepas daripada kita...buat dulu baru kita akan tahu tahap mudah atau tahap rumitnya...menolak sesuatu secara mentah begitu adalah satu kerugian kerana kita tidak tahu ilmu yang Allah ingin berikan kepada kita boleh datang dalam pelbagai bentuk...

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...