Pada penulisan kali ini saya ingin berkongsi pandangan tentang apa itu protokol? semua orang dalam organisasi menyebut tentang ini. Malah di luar organisasi juga ada yang menyebut tentang ini. Cuma, adakah kita semua faham dan jelas apa sebenarnya maksud di sebalik perkataan PROTOKOL itu. Adakah kita hanya semata-mata menyebutnya kerana semua orang menyebutnya begitu, atau adakah kerana ia telah sinonim dan sendiri 'terbudaya' begitu, di mana ianya datang sebagai pakej dengan acara/program...sebut sahaja program, maka datang bersamalah perkataan PROTOKOL itu... Jom kita sama-sama 'explore' apakah di sebalik perkataan Protokol ini. Mari kita bongkarkan antara perkara yang terselindung di sebaliknya. Moga dapat kita semua jelas serba sedikit dan faham bukan hanya sekadar menyebutnya di mulut, atau tidak lagi secara automatik datang di fikiran bahawa ia datang secara pakej dengan program, tetapi kita menyebutnya kerana kita tahu dan jelas dengan maksud dan definisinya...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"