Skip to main content

Saat Kau Tidak Lagi KuPeduli...

Hati jika disakiti berulang2...akan bawa padahnya jua kerana bila hati telah kosong..semua tidak bermakna lagi.

Amboihhhh ayat..win benar ni..hehe.

Tak ada la gempak sangat saja jer bagi ayat win, nampak lah serius cket kan. 

Ya, bercakap tentang serius memang serius la...masa bergurau kita boleh bergurau tapi kalau dah tiba masa untuk serius kita serius la. 

Kita ikut orang nak beli macamana?

"Nak beli runcit..nak beli borong atau pukal..you get what you ask for. Nilai yang tinggi yang ditawar..kita beri percuma saja...tak ada nilai sebenarnya jika sesuatu itu tidak pernah berubah!". 

Bila kini engkau tidak lagi kupedulikan...semuanya berubah

Hati tak perlu lagi menahan rasa, tak perlu lagi rasa curiga dan tak perlu lagi tertanya2, tak perlu lagi rasa dibohongi dan dipermainkan.

Bila semua rasa itu tiada, maka diri beransur2 tenang dan aman.

Aman drpd segala kecurigaan dan rasa sakit hati. Jika tidak, rasa sakit hati yang memanjang dan tidak berkesudahan bila macam2 hal yg masuk ke benak... soalan pula tak pernah berjawab..dalam elok dok berbasa basi bermulut manis, blkg  buat hal...hal tipu ni jangan cerita la... Sakit tu sangat pedih yang tang tipu tu la. sakitnya sampai ke tulang hitam.

Bila semua telah dilepaskan...tiada lagi rasa sakit itu...lebih tenang dan yang penting rasa yang tenang ini boleh meningkatkan keceriaan dan gelombang yang positif yang akhirnya meningkatkan tahap kesihatan diri. Sihat itu yang penting...jika nak sihat dan nampak awet muda, hati kena tenang dan bahagia selalu..jgn gelisah dan gundah gulana.

Kesihatan adalah segalanya. Jadi jika apa yg kita hold dlm diri boleh membuat kita sakit...lepaskan lah...tak perlu hold sesuatu yang tidak berbaloi untuk kita tanggung.

Pengajarannya adalah:

1. Jangan bodohkan diri mengejar sesuatu yang bukan milik kita.

2. Jangan bertahan kepada sesuatu yang tidak baik untuk kita. Lepaskan...

3. Jangan mudah percaya kepada mulut yang manis kerana di sebaliknya penuh dengan kepuraan dan penipuan. Hipokrit!

4. Jangan terlalu mengharapkan orang untuk berubah...bersabar dan terus bersabar sehingga kita melukai hati kita sendiri. Tak payah..buang masa saja!

5. Jangan biarkan kesakitan dalaman berada terlalu lama dalam diri kerana kesannya sangat merosakkan. Jangan musnahkan diri sendiri.

6. Jangan terlalu beri muka dan percayakan orang sehingga melukakan diri sendiri.

Cukup di sini dulu...sekadar menulis sembang2 kosong mengasah minda saja...sebab lama sangat dah tak sempat menulis..

Salam Hormat,

RZH







Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...