Hampir dua minggu tidak sempat menjenguk blog..macam2 hal kesibukan..back to back...bila mlm hanya perlukan rest secukupnya..let go semua perkara termasuk penulisan di blog.
Malam ni kembali ke blog sekejap melepaskan rasa rindu untuk menulis. Gituuuu.
Seminggu dua ni penuh di semua platform media sosial tentang kisah Shamsul Yusof, pengarah filem terkenal negara yang berkahwin di Thailand dan menyembunyikan perkahwinannya drpd isteri pertama dan kedua ibu bapa juga seluruh famili. Jutaan kecaman diberikan oleh netizen...
Dalam kesibukan sempat saya melihat luahan hati seorang ayah, Datuk Yusof Haslam melalui video yg dikongsikan di perisian wasap..sudah pasti video tu viral dan semua orang menontonnya. Dapat saya rasakan betapa kecewa, sedih, dan terlukanya hati seorang ayah dengan perbuatan anak ini. Seorang ayah yang bercakap dalam nada yang sangat hiba dan sebak menahan tangisan, dan akhirnya gugur juga air mata yang sedayanya ingin ditahan...kesedihan dan kekecewaan terpancar jelas di raut wajahnya.
Seminggu lepas saya hadir satu perbincangan dengan satu PTJ melibatkan Pengarahnya dan beberapa org yang lain. Usai perbincangan, tiba2 kisah si Sol ni juga yang menjadi bualan sambil kami pekena coffee....haha..saya senyum sendiri..begitu sekali kisah si Sol ni menjadi perhatian satu negara padahal ada pun orang lain yang buat perangai yang sama...tapi sebab si Sol ni public figure, maka mmg kisahnya menjadi milik public la kan..nama lagi artis..kat tempat saya kerja pun ada perangai lelaki cokia' mcm ni, tapi org tak kisahpun..sebab org tak tahu agaknya...kalau kantoi, mungkin ada yang mengecam juga kot. Kalau kantoi, mmg huru hara la hidup kan...bukan huru hara camane, huru hara kena menahan malu dgn perbuatan tak bermaruah, menipu dan tak jujur...atau orang jenis ni mmg telinga tebal dan tak tahu malu!
Pengarah ni bukan nak fokus pada cerita si Sol ni, tapi nak share apa jawapan Ustaz Azhar Idrus (UAI) bila ditanya soalan tentang perkahwinan si Sol ni.
Kata UAI, perkahwinan tu sah (haha, saya gelak, sempat lagi dia buat joke ya)...namun katanya maksud mampu dalam Islam, bukan hanya pada duit dan tenaga atau fizikal, tapi mampu ini merujuk kepada segala aspek, antaranya adalah mampu untuk memberikan kebahagian dan kegembiraan kepada kedua-dua isteri. Dalam kes si Sol ni, dah tentu masuk dalam kategori tak mampu la sebab dah terang lagi bersuluh isteri pertama bersedih, terluka, dan menderita....owhhh saya terkelu seketika...make sense juga kenyataan UAI ni...hehe.
Ada banyak perkongsian dalam tik tok tentang kecaman kepada suami yang berkahwin lain dan menyorok perkahwinan drpd isteri pertama...byk juga kecaman kepada isteri kedua yang dikatakan perampas...kecaman demi kecaman diberi....antara yang saya baca, katanya dah tahu suami orang kenapa sampai hati nak teruskan berkawan..kenapa sampai hati nak kawin juga dgn dia..ada juga yang kata, ramai lagi lelaki bujang kenapa suami orang juga yang dikacau...aduhhh, saya sekadar membaca dan digest saja...make sense juga la pada saya.
Saya mempunyai pemikiran dan pandangan saya sendiri tentang perkara sebegini. Pada saya, seorang lelaki yang telah berkahwin, jika ingin berkahwin lagi dan mampu, maka kawin la, tak salah. Agamapun membenarkan lelaki kawin lebih daripada satu dengan syarat mereka MAMPU.
Tapi yang salahnya bila memilih menjadi pengecut..itu yang tak boleh blah tu. Jangan la jadi pengecut, tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab. Jika teringin nak kawin, berlaku adil dan jujur lah kepada isteri pertama dengan berterus-terang kepada dia dan minta izin drpd dia...biarlah awak sbg seorang lelaki ada prinsip dan jadi org beradab sikit. Kat sini lah gentleman nya seorang lelaki. Seorang suami yang menyorok perkahwinan drpd isteri pertama, saya istilahkan sebagai tidak ada adab, seorang yang jahat, penipu, selfish, bernafsu besar dan tidak bermaruah. Secara terus terang hilang respect saya pada lelaki yang sebegini.
Jika saya mengenali seseorang yang berperangai sebegini berada dalam radar saya...saya rasa malu dan menyesal mengenali orang yang perangai cokia' mcm ni. Saya tidak merasa satu kerugian untuk dia hilang dari radar dan hidup saya sebab saya tidak boleh lagi meneruskan rasa hormat saya kepada lelaki yang jahat sebegini. Jahat lain saya boleh consider, tapi jahat yang ni atau bahasa kasarnya jahat "main ore tino" gini memang useless la pada saya. Tipu dan terus tipu bertahun lamanya...pada saya memang mental dan "perangai huduh" la lelaki mcm ni. Tak dapat saya bayangkan betapa remuk dan hancurnya hati seorang isteri apabila dia mengetahui dia ditipu dan dimadukan telah bertahun2...jahat sangat pada saya lelaki sebegini! Dah tentu jahat la kalau belum kawinpun berapa ramai perempuan ko jadikan tempat ko melempiaskan nafsu ko. Kali ni agaknya bertemu buku dengan ruas...itu yang dah desperate... Pergi kawin kat siam agaknya. Mmg tak boleh blah la...
Berbalik pula kepada perasaan kedua ibu bapa yang telah dipinggirkan haknya sebagai ibu dan ayah. Saya tak dpt bygkan betapa remuknya hati seorang ibu bila mengetahui anak yang dikandungnya yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang menidakkan haknya sbg seorang ibu.. seorang anak berkahwin tanpa mendapatkan restu seorang ibu dan ayah ...kawin di Thailand pulak tu dan sorok pula drpd semua orang...kau dah kenapa, kemaruk dan mabuk sangat sampai tahap tak boleh bezakan benda baik atau benda buruk yg sedang engkau buat tu...owhhhh memang padu jahat... (tang keinginan nak kawin tu okey, itu hak u...tang kawin di siam tu yang tak eloknya). Perangai tak comey la weiii gu.
Pada saya, atas apa jua alasan yang diberikan...salahnya tetap salah, jahat tetap jahat kerana hidup 24 jam dalam menipu..siang rumah isteri kedua, malam ko elok aje berada di rumah...sah memang lah sah..tapi adabnya kat mana? Jika jujur dan berterus terang, baru la gentleman. Kat mana u letak rasa tanggungjawab dan rasa kejujuran u kpd isteri pertama...hilang diratah nafsu dan rasa keinginan yang membuak2....selfish! Memang tak ada rasa bersalah pun dalam diri ke? Pendek sungguh akal...singkat sungguh pemikiran. Gelojoh dan kemaruk tak bertempat. Memang useless!
Sekadar pandangan jua...
RZH
Comments
Post a Comment