Rindu bertandang menggamit kenangan zaman mula2 memasuki alam pekerjaan dulu..rupanya sudah berpuluh tahun yang lampau...MasyaAllah Saat yang paling membahagiakan selepas tamat pengajian adalah pada saat kita menerima surat tawaran untuk menjawat satu2 jawatan atau pekerjaan. Tidak kira la sama ada di syarikat swasta atau jabatan kerajaan. Masa tu kegembiraan tidak terucap..hati berbunga2. Senyuman tak lekang di bibir..riak wajah penuh kebahagiaan. Saat melangkah memasuki alam pekerjaan ni umpama kita dapat memeluk gunung. Rasa lega yang maksimum kerana segala kesukaran dalam pengajian akhirnya berbaloi dan membuahkan hasilnya apabila kita telah mendapat pekerjaan mengikut kelayakan akademik yang dimiliki. Apakah agaknya perkara pertama yang perlu kita buat bila mendapat tawaran pekerjaan? Okey, jom kita sembang2... Perkara pertama yang perlu dibuat masa tu adalah memanjatkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat, kurniaan, dan rezeki yang diberikan. Tanpa keizinan...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"