Lunch time ni sempat masak "campak2" saja dalam periuk. Kari ikan jenahak ni. Mr. Husband req..teringat kari mamak katanya..hmmmm..makanya selesai meeting di sebelah pagi dan masuk masa lunch time tu masak la sekejap..sedap sangat pekena dengan sambal lada mudah2 dan simple. Cili api tumbuk, masukkan secoit bawang putih, garam gula dan peraham air asam jawa. Buat kari ikan ala mamak ni sangat mudah bahan2nya. Hanya bahan2 mudah saja: kari ikan, serbuk cili, herba campur, daun kari, bawang merah, bawang putih, dan halia dimayang, tomato, bendi dan santan kotak kecil, dan sedikit air asam jawa. Walaupun pesen kari mamak, saya tetap juga letak santan cket..š
Cara-cara: 1. Panaskan minyak. Saya suka minyak lebih jika kari style mamak ni. 2. Tumiskan hingga perang bawang merah, bawang putih dan sedikit halia yang telah dimayang. Semasa proses tumis ni masukkan sekali rempah campur. Atau ore kelate panggil herba campur. Ada jual di sesetengah kedai. Kalau tak ada, tak perlu ma...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"