Sedekah atau infak adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Banyak bentuk sedekah yang boleh kita amalkan, sedekah Jumaat, sedekah subuh, sedekah bulanan atau mingguan di rumah orang tua, anak2 yatim, sedekah untuk meringankan kesusahan orang yang memerlukan, sedekah melalui konsep wakaf, pembelian Al-Quran dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan, infak untuk pembinaan masjid, pondok agama, rumah anak yatim dan pelbagai bentuk lain lagi. Sedekah perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas tanpa ada niat di sebaliknya. Lagi afdal jika ianya dilakukan secara istiqomah. Sedekah bukan untuk kita menunjuk-nunjuk kebaikan atau sifat ambil berat dan keprihatinan kita. Tidak perlu kita mencanangkan kepada semua orang tentang sedekah atau sumbangan yang telah kita buat kerana konsep sedekah ini adalah antara kita dengan Allah sahaja. Umpama tangan kanan memberi, tangan kiri pun tidak mengetahuinya, hatta pasangan kitapun tidak mengetahui tentang sedekah yang kita buat. Kalau salah pe...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"