Al-kisah cerita bagaimana terjadinya "kemenjadian" lepat pisang ni. Pagi tadi tertengok di status adik ipar di kampung yang up kan mak saya buat lepat pisang sempena ada Majlis Cabut Kutu. Sebulan sekali memang ramai lah geng mak saya berkumpul di rumah untuk sesi cabut kutu ni. Cabut kutu ni bukan cabut kutu kepala ya...kutu adalah konsep tabungan/simpanan bulanan ahli yang bermain kutu, dan sebulan sekali akan ada sorang yang dapat...begitu la seterusnya pada setiap bulan sehinggalah selesai semua ahli mendapat giliran. Okey berbalik kepada cerita lepat tadi, dek kerana terliur punya pasal lepat pisang hasil air tangan mak saya, makanya mula saya berkreativiti untuk membuatnya...terbayang rasa sedap lepat pisang mak saya...saya jamin sedap cukup lengkap lemak manis nya walaupun saya tahu mak saya jarang sekali sebenarnya buat lepat pisang. Sayapun minta Mr. Husband p cari pisang dan daun pisang...malangnya pisang aje dapat, daun pisang memang tak ada jual di Kedai Acheh ni...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"