Pagi tadi Mr. Husband keluar pergi beli sarapan. Tiba-tiba balik bawa petai...dah lama sebenarnya tahankan diri daripada beli petai ni sebab petai ni bila makan nanti, satu badan berangin dan sakit-sakit. lagi satu sebab dia bisa sangat untuk orang berpenyakit gout. Mr. Husband memang ada gout, jadi sangat beringat dengan makanan yang diambil.
Saya terlopong tengok Mr. Husband pegang petai banyak-banyak tu...dalam hati berbisik..eh eh husband saya ni tak serik-serik lagi ke kena sakit gout dek penangan petai ni. Tiba-tiba dia cakap dia beli petai tu untuk saya...geram katanya dengan petai tu besar-besar dan bulat-bulat pulak tu... mesti saya suka katanya. Mr. Husband memang tahu saya ni memang suka petai mentah (suka semenjak kawin dengan dia la..hihihi, dulu2 memang saya tak makan petai). Saya pula memang control sikit makan petai ni walaupun memang sangat sedap rasa dia...hujung2 minggu boleh la nak makan petai sebab cuti dari kerja kan...kalau hari bekerja saya tak ambil petai...hehehe...
Sayapun terfikir, since dah ada petai ni, masak sambal udang petai la kan. Kamipun keluarlah beli udang sat untuk dimasakkan dengan petai ni. Okey, untuk pendekkan citer, jom kita kongsi resepi buat sambal petai udang ni yer.
Bahan-bahan:
1. Udang sekilo
2. Cili kering 15 tangkai
3. Bawang putih 3 ulas
4. bawang merah (kecil) 3 ulas
5. Bawang merah (besar) 1 labu
6. Belacan satu cubit
7. air asam jawa
8. Garam dan gula juga perasa (sekiranya suka)
9. Minyak masak untuk menumis (dalam 4 sudu besar)
10. Sedikit Gula Melaka/nise Kelate/Tganu (Kalau tak ada tak mengapa)
Cara-cara:
1. Bersihkan udang. Buang kepalanya dan cuci bersih. Ekor boleh dibuang atau tidak dibuang terpulang kepada cara masing-masing. Saya buang ekornya...dah cuci dan bilas bersih, toskan. Tips semasa cuci lauk-pauk mentah ni, selawat dalam hati...insyaAllah masakan kita adalah 'masakan kasih sayang', sedap, terjaga daripada kebersihan dan sebagainya.
2. Gaulkan udang dengan satu sudu besar garam dan sedikit kunyit (kunyit tak perlupun tak mengapa). Gorengkan sekejap untuk keringkan airnya saja. jangan lama sangat, nanti udang tak lembut.
3. Dalam masa yang sama, potong kecil cili kering dan rendam dengan air panas untuk beri cili tu lembut bila nak dikisar nanti.
4. Blend cili kering dan cili merah (kecil) dan belacan.
5. Bawang putih ditumbuk lumat secara berasingan.
6. Mayang/potong nipis bawang merah (besar).
7. Panaskan kualiti, masukkan minyak. Bila dah panas, tumiskan bawang putih, bila dah keperangan, masukkan bawang yang dimayang tadi, Bila dah garing sikit barulah masukkan bahan yang dikisar tadi.
8. Tumis dalam 10-15 minit, bila dah pecah minyak sikit, masukkan sedikit gula melaka, gula putih, perasa (jika suka), dan garam secukup rasa...Gula melaka ni sebenarnya rahsia kesedapan untuk sambal tumis ya...masukkan sedikit sahaja (dalam setengah kerek/keping). Kemudian masukkan air asam jawa (sedikit sahaja). Seterusnya bolehlah dimasukkan petai dahulu, dan kemudiannya udang...kacau rata, dan biar sekejap saja yer sebab kita tak mahu udang nanti terlebih masak.
Taraa...siap. Bolehlah dihidangkan seisi keluarga.
Salam Hormat
RZH

Comments
Post a Comment