Skip to main content

Posts

Badai Yang Melanda...

Kembali menjenguk ke blog setelah agak lama juga tidak berkarya. Macam2 perkara melanda fikiran. Tsunami dan taufan membenam rasa..adoiii. Hidup kita ini turun dan naik getaran rasanya. Ada masa dihanyut badai, ada masa belayar elok. Itu la namanya kehidupan. Hilang kemudi, hilang kawalan tu biasa bila taufan kuat melanda...sentiasa kena kuatkan hati dan mental. Kita juga perlu menyedari yang dlm hidup ini tidak semua perkara akan membahagiakan. Ada masa sedih, duka, kecewa, dan bahagia itu datang silih berganti. Sebagai orang yang perlu melalui semua rasa ini, makanya sediakan perisai yang cukup untuk menangani segalanya. Jangan biarkan diri kita lemas dan terus hanyut. Bangkit dan hadapi dengan penuh kebijaksanaan.  Hidup kita ni juga bukan sempurna sifatnya. Tidak semua yang kita suka akan kita miliki dan tidak semua yang kita suka akan kekal menjadi milik kita. Selalunya ujian Allah datang menguji sesuatu yang kita suka atau sesuatu yang kita sayang...Allah pinjam sementara dan...

Dia Yang Membawa Bahagia...

Lama benar rasanya tak menulis. Teringat suatu kisah masa belajar dulu....sekadar mengimbau sebuah realiti. Bersembang dengan dia rasa mcm cepat benar masa berlalu...rasa tak cukup masa yang ada...masa pula sifatnya mmg ada limit...adoiii. Banyak yang nak diluahkan tapi rupanya 30% saja yang terluah..itupun berterabur hujung jatuhnya..subjek predikat entah ke mana...tak pasti la adakah maksud sebenar yang nak disampaikan dpt diterjemah dgn baik dan menepati maksud atau dia juga loading...sbb yang tukang nak menyampaikan pun huru-hara. Adehhhh...rasa mcm tak sampai maksud sebenar. Baki 70% lagi tersimpan dan tersadai dlm hati..20% daripadanya tersekat di kerongkong...tak terluah...50% lagi janjinya di waktu lain la pula....adoiiiii la... Orang kata orang komunikasi ni hebat bila dia menyusun ayat....hmmmm tak ada maknanya...bila dia pun confuse apa yang dia nak ckp tu kena ke sesuai ke...sudahnya dia pun ke laut dalam menyusun ayat...bersepah jadinya...selok kera ore kelate kata. Tak ap...

Just go with the flow...

Setiap sesuatu itu bila ianya nak terjadi..sekelip mata saja kita boleh hilang segalanya. Kadang-kadang kita tidak menjangka benda yang kecil boleh jadi besar walaupun sebenarnya kita tak terfikirpun ia akan jadi begitu. Kehidupan manusia ni dipengaruhi oleh banyak hal, antaranya berkait dengan hati, perasaan, berkecil hati, tersinggung, kecewa, marah, ego, keras hati, merajuk dan macam2 lagi.... Bila semua rasa ni dilayan..itu la tu yang kecik pun jadi besar...bila dah besar nak mengundur dan berpaling semula dah jadi serba-salah dan perasaan ego pula mengambil tempat....sudahnya perasaan lain yang sedia ada sudah "beku" jadinya.... Semua benda ni kalau dah beku memang susah cket nak cair...akan ambil masa..kan dah tak pasal... Adoiiii la. Kadang-kadang kita sendiripun tak nak situasi itu berlaku...tapi jika semua orang menjunjung ego...maka hadap aje la dengan apa yang perlu dihadap...pasti rasa kecewa mengambil tempat sebab bendanya tidak lagi kembali seperti asal...kunyah...

"Tido Awal Jangan Pikir..."

Adoiiii la...buat hal la... Tgh2 kerja banyak ni jangan dok cari pasai... Kena rasional... Dah kalau tak rasional nanti mau karang huru hara semuanya... Karam habis nanti...ishhhh. Kena matang... Dah kalau tak matang karang camane pulak...takkan nak jadi mcm budak2 pula...dah lama zaman budak2 ditinggalkan..tak ada mau nya nak ulang perangai macam budak2... Kena sabar... Dah kalau tak sabar karang dah camane pulak...mau tunggang terbalik jadinya...sudahnya apa pun tak dpt...penat aje la dptnya. Kena Profesional... Dah kalau tak profesional nanti terbabas semuanya....tolak rasa ego, rasa geram, rasa marah dan 1001 rasa lagi...kalau nak ikut rasa geram memang rasa nak "beku" kan diri aje...tak payah pikir tak payah buat....tak payah semuanya....dah camane pulak nanti...adoiiiii Nak kerja ke tak nak kerja ni...haha Kalau tak nak kerja..mudah...letak jawatan dan dok la kat rumah. Kalau nak kerja buat cara nak kerja....setakat gitu gini tu anggap mcm benda yg dok kat tangan aje..a...

Hari Istimewa Bertamu Lagi

22.11 tarikh ulang tahun bertamu lagi. Alhamdulillah rasa syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia pada tahun 2024 ini dan dapat bertemu lagi dengan tarikh kelahiran pada tahun ini. Last year semasa melewati tarikh ini doa dipanjatkan kepada Allah agar usia dipanjangkan dan dpt bertemu lagi tarikh hari lahir berikutnya..dan tanggal 22.11.2024 yang lalu Allah ketemukan lagi..alhamdulillah. 360 hari yang berlalu terasa begitu cepat...begitu pantas masa beredar..detik demi detik, hari demi hari, dan bulan demi bulan...genap setahun tanpa sedar...bagai sekelip mata sdgkan jika dihitung...tempoh masa yg beredar adalah 360 hari. Allahu masa... Rasanya baru sekejap birthday surprise tahun lepas diadakan oleh staf buat saya...sambutan tahun ini bertemu lagi pada tanggal yang sama. Seperti biasa team di ofis merancang kejutan buat saya...perancangan begitu rapi dibuat..seminggu awal rupanya perbincangan telah dibuat...lengkap dengan flow nya yang disusun semua dalam Tertib...

Orang Yang Special...

Special itu adalah sesuatu yang berbeza berbanding yang lain...unik dan miliki class nya yang tersendiri. Orang yang special itu rare sifatnya...tiada pada yang lain...hanya dia saja yang ada. Seseorang yang special ini sudah pasti berkait dengan banyak aspek yang menjadi pelengkap...secara wajibnya adalah sikap dan personaliti...atau secara besar skopnya adalah keterampilannya. Keterampilan ini adalah gabungan dua aspek penting iaitu kemampuan diri dan personalitinya... Kemampuan diri ini adalah berkait dengan bakat, kompetensi, dan pengalamannya...manakala personaliti ini adalah berkait dgn ciri-ciri dirinya spt gaya, fesyen, sikap, dan komunikasinya. Istilah orang yang SPECIAL ini adalah bila kesemua perkara yang ada padanya adalah 'mahal' dan boleh menjadikan dirinya sebagai seorang yang cukup istimewa...keberadaannya boleh membuatkan orang di sekelilingnya merasa selesa, nyaman dan gembira. Manakala hasil kerjanya teliti dan on point selalu... mengagumkan dan menggamit ras...

Bagaimana Mengurus Kesibukan dan Kekalutan...

Lama juga tidak sempat singgah di blog..due mcm2 hal...sibuk kalut tahap tak leh bincang..adehhh...selok kero ore kelate kata. Begitu la life kita dih... Kade2 terpikir..."Allah, begini sekali kesibukan yang berikan kepada hamba-Mu ini" Naik risau pula...takut terhanyut terbuai dengan dunia sgt....aduhai.... Hati terus beristigfar....banyak2 beristigfar bila setiap kali Allah hadirkan keadaan sibuk sebegini....risau lari daripada track sebenar...jika masih on track maka ok. InsyaAllah masih on track kalau kesibukan dan kekalutan ini adalah atas sebab kerja...niat ikhlas kerja itu sebagai ibadah dan merupakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya...haaaa gitu....buat kerja dengan baik..jalankan tanggungjawab dengan ikhlas..walau sibuk walau kalut, tak mengapa...yg penting hati kita kekal ikhlas dan kita jelas dengan tanggungjawab kita...the rest tu biar Allah yang tentukan...Allah Maha Mengetahui..yakin di situ. Maka hati kembali damai....