Skip to main content

Posts

Saat Kau Tidak Lagi KuPeduli...

Hati jika disakiti berulang2...akan bawa padahnya jua kerana bila hati telah kosong..semua tidak bermakna lagi. Amboihhhh ayat..win benar ni..hehe. Tak ada la gempak sangat saja jer bagi ayat win, nampak lah serius cket kan.  Ya, bercakap tentang serius memang serius la...masa bergurau kita boleh bergurau tapi kalau dah tiba masa untuk serius kita serius la.  Kita ikut orang nak beli macamana? "Nak beli runcit..nak beli borong atau pukal..you get what you ask for. Nilai yang tinggi yang ditawar..kita beri percuma saja...tak ada nilai sebenarnya jika sesuatu itu tidak pernah berubah!".  Bila kini engkau tidak lagi kupedulikan...semuanya berubah Hati tak perlu lagi menahan rasa, tak perlu lagi rasa curiga dan tak perlu lagi tertanya2, tak perlu lagi rasa dibohongi dan dipermainkan. Bila semua rasa itu tiada, maka diri beransur2 tenang dan aman. Aman drpd segala kecurigaan dan rasa sakit hati. Jika tidak, rasa sakit hati yang memanjang dan tidak berkesudahan bila macam2 hal ...

Jika itu takdirnya...

Ooooo serabut la...saru sungguh kata ore kelate... Bergelewa' di sosmed cerita viral tentang seorang manusia bernama Aliff Teega" Saya ni tak tahu cerita sangat dan tak kenalpun dgn Aliff Teega ni. Pagi2 bangun penuh di status wasap sahabat2 menulis tentang si Teega ni...dah kenapa... Owhhh rupanya cerita dia kawin sorok di Siam saat isteri tengah sarat mengandung...cerita kantoi nikah di siam la kiranya ni. Allah...ramai betul lelaki munafik,  penipu, dan pengecut ya. Berjangkit2 pula jadinya...mula dgn Pengarah terkenal Syamsul Yusof...bersambung pula cerita abang Tesla..dan skrg viral si Teega ni pulokss...ore kelate kata "bengong molek la". Memang tak kelas la main sorok2 lagu ni..takdok standard la ore kata dih. Bila dah banyak sangat cerita2 nikah sorok drpd pengetahuan isteri ni, saya pun naik mual dan nak termuntah juga la..dah tak pasal2 pula terimbau satu kisah ni...teringat seseorang yang pernah saya kenali...dia ni nikah senyap2 di Siam..menipu isteri, me...

22 November datang lagi...

22 November 2023 Datangnya itu pasti kerana masa memang bergerak ke depan. Genap 360 hari daripada tarikh tu, maka bertemulah kembali dengan tarikh yang sama..ya bertemu kembali 22 November 2023, tarikh dan bulan tetap akan sama cuma tahunnya akan berubah dan tak mungkin sama..tahun yang berganti pada tahun ini adalah tahun 2023, berganjak satu nombor berbanding tahun lepas, tahun 2022. Selepas 360 hari lebih kurang...22.11.2023 tahun ini jatuh pada hari Isnin. Isnin ni adalah hari pembuka minggu, hari permulaan kembali bekerja slps berehat di hujung minggu. Kalau ikutkan hari permulaan minggu ni adalah hari yang energy nya masih full. Setiap kali hampir dengan 22 November ni, perasaan memang sentiasa bercampur baur...perasaan yang sukar untuk diterjemahkan. Suka duka pahit manis dalam hidup yang dilalui sepanjang meniti kehidupan ni hadir silih berganti dalam benak fikiran. Debaran demi debaran yang tidak tahu kenapa akan muncul... Nak kata suka dan gembirapun ya, nak kata sedih dan t...

Merenung Sejenak...

Pagi ni tak masuk ofis seperti rutin. Ada urusan kerja di luar for a couple days. Dalam waktu singkat ini ingin menitipkan sesuatu ttg kehidupan susulan drpd sembang2 dgn geng mlm tadi di wasap group. Ada geng berkongsi satu gambar dgn pertanyaan..."kenal tak siapa dalam gambar?" Saya menatap gambar tu..dua susuk badan yg dilihat..yg sorang tu saya cukup kenal..cukup rapat dengan saya suatu waktu yang berlalu, tapi susuk badan seorang lagi saya tak dapat cam...nampak sangat uzur dan sudah sgt berusia... ditambah pula dengan keadaan keuzuran, nampak, sgt cengkung dan kurus ...Allah terdetik dlm hati saya "siapa gerangan empunya badan". Jika sahabat saya bertanya begitu, sudah pasti saya mengenali orang yang dimaksudkan ini. Saya membiarkan saja conversation dalam group wasap itu berlalu begitu kerana kebetulannya saya tak sempat nak menyampuk. Urusan di ofis sgt penuh betul... Malamnya baru saya sempat baca semula....dan bila membaca satu persatu conversations dlmnya...

Hati Yang Teruja...

Keluar ofis lebih awal drpd biasa hari ni 7 November 2023, Selasa.  5.30 ptg log out dan terus ke kereta. Meluncur balik meninggalkan ofis kerana dalam hati ada sesuatu yg tidak sabar untuk dilakukan. Mengimbau cerita pagi tadi, jam 10 pagi set meeting informal dengan seorang sahabat, sudah pasti rakan seperjuangan. Ada perkara yang ingin disembang..kebetulan ada sedikit ruang masa daripada keterbatasan waktu yg ada. Usai perbincangan, saya singgah di Kedai Buku Penerbit UKM purposely untuk mendapatkan buku baharu hasil tulisan mantan Pendaftar kami, Tuan Haji Abd Razak Hussin. Saya kira sudah hampir dua minggu berita buku terbitan kedua En Razak sampai ke telinga saya..cuma, atas kekangan masa yg sangat kritikal buat saya, menjadikan saya tidak punyai kesempatan untuk mendapatkannya. Hari ini, 7 November 2023, buku ini telah saya miliki atas hak kepunyaan saya selepas menyelesaikan bayaran sebanyak RM30 di cashier Kedai Buku Penerbit tadi. Hati berbunga untuk membaca bab demi bab....

Kematian Demi Kematian...

Berita kematian demi kematian... Hati rasa sayu dan sedih Setiap hari macam2 bentuk kematian yang berlaku...lately berita kematian yang sangat tragis dan berbekas di hati... Cerita enam beranak di Segamat yang dijemput Allah dalam keadaan yang sangat tragis sangat berbekas di hati..melihat pula raut wajah sugul dan kesedihan yang tidak terucap daripada satu2nya anak lelaki yang tinggal lagi terasa meruntun di hati dan sebak di dada... Dapat pula berita emak saudara sebelah Mr. Husband di Perak yg dijemput Allah disebabkan beberapa masalah kompilasi..faktor utama adalah disebabkan kencing manis. Menambahkan lagi rasa sedih bila mengenangkan arwah baru saja kehilangan suami tercinta (bapa saudara Mr. Husband) yang dijemput Allah beberapa bulan yang berlalu...juga kencing manis yang kronik...Bila terbayang arwah mak anjang...sayu rasa hati..baik orangnya, lembut tutur kata...walau sesekali berjumpa, tetap terasa kehilangan mak anjang dan Anjang...Al-Fatihah buat keduanya..moga tenang di s...

Bukan Tak Layak, Tapi Mungkin Ada Yang Lebih Layak...

Memasuki 20 September 2023... Usah ditanya mengapa belum tido sudah lewat malam begini..mata tak dpt lelap tu biasa..sejak zaman belajar hingga ke zaman lo ni, tiada istilah tido awal..adehhhh. Orang kata susah tido ni sebab banyak pikir...hmmmm...tak pasti la betul atau tidak yang org kata tu...ada masa betul tapi ada masa tak betul... Tido ni bukan suka2 kita nak tentukan untuk kita lelap atau tidak...kalau tak mahu lelap, pukul 2 pagi pun tak mahunya...tak dpt dipaksa..bila mata dah mengantuk..lebur la.. Terlajak tak mahu tido ni, makanya mlm ni kita singgap ke blog jap...banyak aje perkara nak ditulis, tapi masa saja yang tidak mengizinkan. Tak apa, ada masa nanti boleh tulis apa yg tersimpan untuk ditulis..gituuuuu. Semalam dikejutkan dengan satu berita...saya tak pastilah saya terkejut atau saya buat2 terkejut atau saya telah menjangka berita itu. Kadang-kadang setiap perkara tu..bila kita dah jelas ttg modus operandi nya..maka kita mudah untuk membuat jangkaan..jadi tak adalah k...