Skip to main content

Posts

Bukan Tak Layak, Tapi Mungkin Ada Yang Lebih Layak...

Memasuki 20 September 2023... Usah ditanya mengapa belum tido sudah lewat malam begini..mata tak dpt lelap tu biasa..sejak zaman belajar hingga ke zaman lo ni, tiada istilah tido awal..adehhhh. Orang kata susah tido ni sebab banyak pikir...hmmmm...tak pasti la betul atau tidak yang org kata tu...ada masa betul tapi ada masa tak betul... Tido ni bukan suka2 kita nak tentukan untuk kita lelap atau tidak...kalau tak mahu lelap, pukul 2 pagi pun tak mahunya...tak dpt dipaksa..bila mata dah mengantuk..lebur la.. Terlajak tak mahu tido ni, makanya mlm ni kita singgap ke blog jap...banyak aje perkara nak ditulis, tapi masa saja yang tidak mengizinkan. Tak apa, ada masa nanti boleh tulis apa yg tersimpan untuk ditulis..gituuuuu. Semalam dikejutkan dengan satu berita...saya tak pastilah saya terkejut atau saya buat2 terkejut atau saya telah menjangka berita itu. Kadang-kadang setiap perkara tu..bila kita dah jelas ttg modus operandi nya..maka kita mudah untuk membuat jangkaan..jadi tak adalah k...

Tak Sempat Fikir Tentang Langau2...

Hadoiiii... Lately jarang dpt singgah ke blog.. Last entry adalah pada 12 Ogos, dan skrg dah 13 September...sudah sebulan lebih berlalu. Haishhh...how time flies.. Serasa masa cepat betul berlalu. Tahap kesibukan juga semakin menjadi2. Hari2 tu laju benar berlalu..pagi meeting, petang meeting dan di antaranya pula ada hijack dan potong tang corner menjadikan satu hari di ofis tu tak terasa..tahu2 dah lewat petang..hadoiii la. Bila balik rumah, masa untuk berehat sepenuhnya...cuba seboleh mungkin tak buka laptop dan sambung kerja ofis di rumah...tapi bila ada yg urgent..kena buka juga la..no choice. Demi tugas dan tanggungjawab. Sudah setahun begini...layan kesibukan yang menjadi2 ni, sedar tak sedar akhirnya menjadikan diri sudah terbiasa dengan rutin yang baharu ini...tidak sempat memikirkan perkara lain selain dari hal kerja...sebelah mlm pula berehat secukupnya sambil melayan santai berita2 di alam maya.... Alhamdulillah...takdir Allah buat kita sebenarnya yang terbaik...akhirnya ki...

Menyakiti Hati Sendiri Kerana Menjaga Hati Orang ...

Kadang2 untuk menjadi seorang ketua yang baik kita perlu bersedia dan redha untuk menyakiti hati sendiri dengan menahan kepedihan dan kesakitan hati dan perasaan. Maksudnya kena bersabar dan menahan rasa demi menjaga hati dan perasaan pasukan yang dipimpin. Itu la namanya kerja dan kehidupan. Kehidupan yang mengajar kita untuk bersabar dan menahan diri daripada menyakiti hati orang lain walaupun hakikatnya hati kita yang sedang kita sakiti. Itulah pengorbanan tanpa sedar yang perlu kita hadap. Ada masa yang kita perlu menyakiti hati kita sendiri demi menjaga hati orang lain walaupun kita di pihak yang benar. Apa maksud saya dengan "menyakiti diri sendiri" tu. Maksud saya di sini adalah, kita yang tersakiti bila kita menahan kata menahan diri daripada membuat teguran dek kerana kita tidak ingin menyakiti hati orang lain dengan kata2, nasihat atau panduan dan perbuatan kita, sedangkan hakikatnya sebagai ketua kita perlu memastikan semua perkara dijalankan dengan baik...pantas, ...

Hati Yang Bahagia...

Apakah agaknya yang membahagiakan kita? Kita bahagia apabila hati kita gembira. Hati kita gembira bila fikiran kita tenang dan tidak berkecamuk. Bila bahagia ini kita kecapi, semua perkara akan menjadi indah buat kita. Semua berjalan seperti diharap dan di plan. Jika ini kita miliki, kita akan lebih bersemangat, bertenaga, dan lebih produktif juga waras dalam tindakan dan perbuatan. Bila hati, minda, jiwa tenang dan damai, seluruh anggota kita juga akan merasakan "kedamaian" yang sama. Justeru, untuk tenang dan bahagia, pastikan diri terhindar dari: 1. Perselisihan faham dan perselisihan pendapat yang membawa ketegangan dan pergaduhan. 2. Perkara-perkara yang boleh menimbulkan konflik dan masalah. 3. Perbuatan dan lisan yang berlebih-lebihan yang menimbulkan rasa tidak senang orang sekeliling kita. 4. Perbuatan yang tidak baik yang dilarang oleh agama dan peraturan kehidupan. 5. Circle toksik dan negatif 6. Hati yang tidak baik, dengki dan khianat 7. Perbuatan yang menyusahka...

Berita Sedih...

Terkejut rasa...sedih, sayu berbaur semuanya. Malam ni membelek di fb sesambil merehatkan badan...rutin mlm sesambil melepaskan lelah minda dan lelah anggota badan, memang akan scrol tgok Sosmed mengintai2 berita2 yg berlaku yg dikongsikan rakan kenalan.  Tiba2 mata terpaku kepada tulisan "Innalillahiwainnailaihirajiun" di fb salah seorang yg dikenali rapat. Allah, siapa yang meninggal ni, hati kecil tertanya2. Terus hantar mesej di whatsApp dia...dan share sekali screen shot statusnya di fb. "Siapa meninggal Tie?" Rupa2nya suami kepada Che Yah telah dijemput Allah pada pagi tadi..Allahuakbar..baru tahu arwah dah lama menghidap cancer prostat rupanya...Allahuakbar.. Terbayang raut wajah arwah dan raut wajah Che Yah...zaman kecik2 dulu sesekali akan berjumpa dgn che yah dan pakcik Mad ni bila ada kenduri makan2 keluarga belah Ummi. Che Yah ni mak saudara kepada Ummi. Che Tie yang saya hubungi ni pula adik kepada ummi. Che Yah ada anak perempuan yg sebaya saya dan Che...

Respect Dalam Organisasi...

Bercakap tentang respect... Apa itu respect? Respect itu adalah suatu perbuatan menghormati, menghargai...menjadi pendengar yang baik, tidak menyanggah masa org bercakap, menghormati hak orang, mengambilkira pandangan orang lain, juga bijak mengawal emosi dan lisan agar tidak menyinggung hati orang lain. Sejauh mana nilai "Hormat" ini penting dalam sesebuah organisasi untuk organisasi terus utuh dan disegani... Kalau ikut pandangan saya nilai "Hormat" dalam organisasi itu adalah priceless..tiada nilainya yang dapat diukur... Jika tiada nilai yg dapat dijadikan ukuran, maka sudah pasti sangat besar lah kepentingannya. Penting dari sudut apa? Penting dari sudut, menjaga nilai, adab dan cara hidup serta budaya kerja organisasi. Jika komponen ini tiada dalam sesebuah organisasi, maka organisasi itu akan hilang nilai, prestij dan reputasinya..dan lama2 nanti "jatuh menyembah bumi" Bagaimana agaknya soal nilai, adab dan cara hidup juga budaya kerja dapat kita uk...

Rencana Allah Datang tepat Pada Waktunya...

Malam ni jenguk ke blog AD sekejap. Niat hati nak menulis sesuatu yg berkait dengan kisah petang tadi... Sebuah keajaiban...Allahu... Cerita Allah sentiasa tak mampu dek akal kita untuk kita memikirkannya...sentiasa ada keajaiban Allah...bersyukur lah... Alhamdulillah..panjatkan rasa syukur. Allah Maha mengetahui, Maha mendengar permintaan hamba-Nya. Yakin selalu. Di saat hati kita sudah pasrah dan redha...setelah berusaha dan berikhtiar,  jalan seakannya sudah tiada...kita juga sudah redha dan pasrah...sudah ikhlaskan diri.. Masa itu tiba2 Allah hadirkan laluan..MasyaAllah...Engkau sesungguhnya sentiasa mendengar dan mengabulkan permintaan hamba-Mu...malu rasa diri yg kerdil dan banyak dosa ini kerana Allah masih memandang dengan penuh kasih sayang. Semoga Allah sentiasa memandu kepada kebaikan. Terdetik di hati...kuasa zikir, kuasa ayat2 Allah yang menjadi peneman setia dan sudah sebati menjadi darah daging itu adalah benar sangat...zikir dan doa yang sentiasa menjadi peneman set...