Skip to main content

Hubungan Tanpa Sempadan...

Hubungan yang sejati bukanlah hubungan yang rapuh, takkan runtuh hanya kerana jarak, masa atau ujian yang datang bertubi-tubi. Ia adalah ikatan yang tetap utuh walau seribu badai melanda, walau arah hidup membawa sahabat ke jalan yang berbeza. Perhubungan seperti ini tidak memerlukan kehadiran setiap hari untuk terus bugar, kerana ia hadir atas kepercayaan, kenangan, dan doa yang diam-diam dipanjatkan.

Dalam perjalanan hidup, sahabat sering menjadi saksi kepada jatuh bangun kita. Mereka di sisi ketika kita lemah, mendengar tanpa menghakimi, dan menguatkan tanpa meminta balasan. Namun, sampai pada suatu titik, perpisahan menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tanggungjawab, cita-cita, dan tuntutan hidup memaksa kita melangkah ke hadapan, meninggalkan rutin lama yang pernah mengikat kita bersama. Perpisahan itu menyakitkan, kerana ia memisahkan bukan sekadar badan, tetapi kebiasaan, tawa, dan momen-momen kecil yang dilalui bersama, terasa begitu dekat.

Hubungan yang sejati tidak berakhir dan bernoktah hanya dengan perpisahan. Ia hanya berubah bentuk. Dari pertemuan yang kerap, menjadi khabar yang sesekali. Dari berbual panjang, menjadi doa yang disimpan dalam hati. Masa dan tempat mungkin memisahkan, namun rasa saling peduli tetap kekal di hati. Setiap kali nama sahabat disebut, ada senyuman yang terukir dan kenangan yang kembali hidup, mengingatkan bahawa suatu ketika, kita pernah bersama dan pernah saling membahagiakan dan saling melengkapi.

Hakikat kehidupan...sifatnya terus bergerak ke hadapan, tanpa menunggu sesiapa. Kita tidak punya pilihan selain melaluinya. Walau jarak memisahkan, yang paling penting adalah usaha untuk memelihara hubungan. Saling bertanya khabar, saling mendoakan, dan tidak membiarkan kesibukan memadamkan ingatan dan menoktahkan hubungan. Persahabatan itu bukanlah tentang sentiasa bersama, tetapi tentang tidak saling melupakan dan terus saling mengingati dan menghargai walau tidak lagi bersama.

Sahabat selamanya adalah mereka yang walau jauh di mata, tetap sentiasa dekat di hati dan sesekali menyapa di ruang maya...komunikasi kini tanpa sempadan, jadi tiada alasan untuk tidak saling berhubung. 

Mereka yang walau tidak lagi seiring langkah, masih sehaluan dalam doa. Persahabatan seperti ini tidak lapuk ditelan masa, tidak runtuh dilanda badai, dan akan terus hidup selagi ada keikhlasan untuk menjaga dan menghargainya

Bicara santai...

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...