Skip to main content

Kalau Sahabat Selamanya akan bersama...

Sekadar berkongsi nilai sebuah persahabatan. Secara ringkasnya mempunyai sahabat sejati lebih bererti daripada mempunyai seseorang yang kita sayangi tetapi tidak pernah ingin memahami kita..

Sahabat...
Selamanya tetap akan menjadi sahabat...akan sentiasa bersama kita walau dlm duka dan suka
Selamanya tidak akan berakhir hubungan yang terjalin...kerana hubungan sbg sahabat tidakkan mungkin akan temui noktahnya...

Sahabat...
Tidakkan mungkin kita mudah curiga
Tidakkan mungkin kita mudah rasa sangsi
Kerana tiada apa yang perlu dicurigakan
Dan tiada apa yg perlu disangsikan
Kerana hubungan yang terjalin adalah jujur dan ikhlas

Biarlah kita mempunyai sahabat yang boleh luang masa untuk bersama kita
Mendengar bicara dan celoteh kita dan memahami masalah kita

Lebih mudah untuk kita menjaga hati sahabat, daripada kita cuba menjaga hati insan yg kita anggap istimewa dlm hidup kita...
Sahabat..walau dicincang takkan putus..andai sesekali bergeseran...takkan sampai memutus hubungan

Namun insan yg kita anggap istimewa,
mudah saja hati kita tersinggung, berkecil hati dan merajuk hati...
Untuk apa membuang masa memikirkan perkara yang menyakit hati
Kini bukan masanya lagi...
Masa itu sudah lama berlalu
Sudah lama dilepaskan
Sudai lama diuraikan
Seharusnya jangan kembali lagi
Kerana pasti nanti hati kembali terluka...

Bersahabat lebih baik dari pilihan lain yang ada...sekadar berkongsi mengopi time dgn geng baik semasa sama2 dlm Master in Corp Comm UPM dulu...sudah tujuh tahun berlalu..hubungan sahabat yang terjalin masih utuh..baru Ahad lalu kami mengopi dan chit chat chit chat...




















Comments

  1. saya masih tiada sahabat yang betul-betul sejati puan....yang ada malah mengambil kesempatan...tapi ya...usahlah dikenang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nana, thanks ya sudi singgah di blog saya...really appreciate it...seakan 'sesuatu' saja kata2 nana...harap semua okey ya...

      Delete
  2. Tq ya ats perkongsian idea dan resipi.. Semoga sentiasa dlm rahmat Allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...