Nasi goreng ni saya panggil 'Nasi Goreng Simple' sebab ianya mudah dibuat dan bahan2nya pun sangat mudah..mesti dah ready kat dalam peti sejuk kita. Kadang-kadang berlaku, kita tak plan untuk buat nasi goring sebagai menu breakfast, tapi tiba2 rasa teringat lak nak makan nasi goring, makanya bolehlah selongkar peti sejuk hanya untuk cari cili api dan ikan bilis sahaja. Okey...kita terus tengok bahan2nya dan cara membuat nasi goring simple ini. Bahan-bahan: 1. Nasi dingin (dipanggil nasi dingin sebab dah semalaman dimasak) dalam 5 pot nasi ya 2. Cili api dalam 10 biji 3. Secubit belacan (boleh skip kalau tak suka) 4. Ikan bilis dalam segenggam setengah. 5. Bawang putih 5 ulas 6. Bawang merah 8 ulas 7. gula dan garam, juga sedikit perasa kalau suka 8. kiub ayam (kalau suka) Cara-cara: 1. Nasi dingin dalam periuk direlai-relai dan digembur2kan (diramas-ramas supaya tidak berketul). Masa proses ini masukkan ...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"