Skip to main content

Posts

Bicara Hati...

Bila rasa keliru termenung sekejap. Termenung mencari jawapan yang pasti untuk tanda tanya di benak. Walau tiada jawapan yang hadir pun tak mengapa...sekadar termenggu jua. Akhirnya penutup termenggu dgn istigfar dan biar Allah saja yang pegang jawapannya. Kita tidak perlu tahu. Termenggu tu dah seakan jadi rutin bila ada sesuatu yang singgah mengetuk benak fikiran. Manusia ni memang begitu sifatnya. Kadang tertanya sendiri "hanya aku saja ke yang terfikir begini atau orang lain juga berfikiran sama". Drama kehidupan ni silih berganti mengambil tempat. Seronok menjadi pemerhati setia dan kemudian membuat analisis dalaman sendiri...hanya sekadar simpanan peribadi. Perlukah analisis dalaman ni? Jawapannya perlu... supaya kita faham plot drama yang sedang ditayangkan. Kita boleh kenal karakter sebenar orang..siapa tukang ampu dan siapa tukang sokong...siapa yang ikhlas dan siapa yang bermain wayang. Sesekali fikir, takut pulak rasanya dengan situasi yang dilihat. Risau diri juga...

Habit Diri Perlu Diurus...

Habit diri memang sukar diubah kerana ia telah sebati dalam diri kita. Sejak kita lahir dan membesar habit diri kita itulah yang kita buat. Justeru, untuk mengubahnya bukan perkara yang mudah. Jiwa betul2 perlu istiqomah. Kalau sekadar menyebut tanpa berusaha makanya niat untuk berubah hanya tinggal niat sahaja. Untuk mengubah habit diri bukan ambil masa dua tiga hari atau dua tiga bulan. Ia makan tahun. Boleh berubah atau tidak? Jawapannya boleh. Tapi bersyarat. Apa syaratnya? Sebarang bentuk perubahan memerlukan usaha, kesabaran, kegigihan, dan istiqomah. Untuk menjadi lebih baik, sudah pasti nilai yang tinggi perlu dicagarkan. Pembersihan hati perlu dilakukan. Hati dibersihkan dari segala kekotoran. Tiada lagi kepentingan duniawi diutamakan. Bila ini dapat kita lakukan, insyaAllah kita akan berubah secara beransur-ansur. Dalam hidup ini, kita perlu fahami konsepnya hanyalah HATI. Bila hati kita baik dan bersih, insyaAllah apa jua yang kita fikirkan dan lakukan adalah perkara2 yang b...

Semperit Susu Sedap...

Hari ni cuti Nuzul Quran. Habiskan masa dengan buat cookies. Saja2 sambil layan minat baking ni. Hari ni plan buat biskut semperit susu. Siapkan terus ole2 biskut raya untuk semua family ipar duai. Memang menjadi rutin saya menyediakan ole2 biskut raya untuk semua famili ipar duai. Biskut semperit, biskut sarang semut dan tart nenas mmg wajib untuk saya sediakan untuk semua.  Cara buat semperit ni saya letakkan di sini untuk rujukan keluarga dan semua yang mengunjungi Blog anggerikdesa. Bahan2: 1. Satu Buku Butter.  2. 3/4 cawan susu pekat manis (Blh kurangkan satu sudu besar jika tidak suka manis) 3. Satu biji telur merah 4. Dua cawan tepung kastard 5. Satu cawan gandum (boleh lebihkan dua tiga sudu besar) jika adunan lembut sgt. 6. Satu setengah cawan tepung jagung 7. Satu sudu teh essen vanila. Cara2: 1. Kacau sebati butter dan susu. Dalam tujuh lapan minit. Guna spatula saja. 2. Masukkan telur kuning dan essen vanila. Kacau sebati dua tiga minit. 3. Masukkan semua tepung s...

Tangani Persepsi Dengan Baik...

Kadang-kadang Allah lalukan macam2 depan mata kita. Setiap apa yang Allah lalukan pada pandangan mata kita, pasti ada sebabnya. Mungkin Allah nak tarbiahkan hati kita. Kerana itu, cuba kita latih diri untuk berlapang dada dan refleks kan dulu kpd diri..tanya diri "adakah mungkin aku juga melakukan begitu". Jika tidak, maka alhamdulillah. Jika ya, cuba untuk berubah. Allah dah beri hint dengan "melalukan" semua tu dlm penglihatan kita. Kita semua pasti pernah tengok tulisan2 sebegini di media sosial kan.  "Okey done baca Yasin" "Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah, aku telah khatam Quran untuk bulan puasa ni" "Selesai hantar menu berbuka untuk anak2 yatim" "Alhamdulillah done Dhuha" Apa agaknya niat si penulis. Hanya dia yang tahu niat di hatinya. Namun, bagi mengelakkan sebarang keraguan dan kemusykilan juga persepsi org yang tidak baik, adalah lebih baik amalan dan perbuatan baik kita biar menjadi rahsia kita dengan Allah ...

Salam 13 Ramadan.

Salam 13 Ramadan. Hari ni masuk hari ke-13 kita berpuasa. Allahu, sudah 13 hari dan sudah hampir separuh bulan Ramadan ini telah berlalu. Kita telah memasuki fasa kedua Ramadan. MasyaAllah...cepatnya masa-Mu berlalu ya Allah. Semoga kita semua terus istiqomah dengan melakukan amalan-amalan yang baik. Biar Ramadan ini lebih baik daripada Ramadan yang lalu. Grab semua tuntutan Allah. Raih rahmat dan keberkatan Allah sebanyaknya dengan amalan kita yang dilakukan secara istiqomah. Lakukan lah solat sunat di samping solat wajib, solat sunat terawih, sedekah, zikir, dan amalan2 baik yang lain. Jangan lepaskan peluang yang Allah sediakan...jangan malas. Ubat kepada malas adalah doa kepada Allah agar Allah jauhkan kita daripada sifat malas dan ambil mudah! Berkait dengan sunat terawih...buatlah sekurang-kurangnya 8 rakaat. Jika tidak dapat ke masjidpun tak mengapa, di rumah juga boleh terutamanya bagi kaum wanita. Jangan tinggalkan. Jika malas dan letih, terus berdoa agar Allah beri rasa rajin...

Berjiwa Besar Hidup Tenang...

Merenung kehidupan yang penuh dinamik. 1001 macam perkara terkandung di dalamnya. Kalau nak ambil fikir semua memang tak mampu dan hanya membebankan fikiran. Justeru, ambik fikir yang wajib dan membahagiakan saja. Yang tidak wajib dan menyesakkan tolak tepi. Tak perlu fikir! Hidup ini jangan kita berjiwa kecil. Jiwa kecil maksudnya cepat tersinggung, cepat kecil hati, cepat merajuk, rasa terpinggir dsbnya lagi. Hidup mesti berjiwa besar, dalam erti kata kita takkan mudah terkesan dengan perkara-perkara kecil, perkara yang negatif dan membuang masa. Bagaimana tips nak berjiwa besar ni.  Pertamanya, betulkan hati, keduanya betulkan pemikiran dan ketiganya sentiasa ingat apa jua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya kerana Allah Maha Mengetahui. Dan yang terakhir adalah Redha dan berlapang dada atas apa jua. Jangan sesekali mempersoalkan mengapa begitu dan mengapa begini, nak-nak pula perkara kecil dan remeh-temeh. Jika kita memang sudah mengetahui tiad...

Nutella Cheese Tart...

Hmmmmm... Bila menjadi kesukaan dan minat tidak peduli badan penat ataupun tidak. Yang penting kesukaan dan minat sentiasa mengatasi lelah yang dirasai. Citer mlm tadi buat Nutella Cheese Tart. Jarang sgt buat sebenarnya...tapi dua tiga hari ni teringat nak buat. Makanya on. Dalam rasa penat dan exhausted pun bila bab baking layan juga...aduhaiii. Makanya terhasil lah crust ini. Saya memang akan buat sendiri crust ni. Kalau beli yang siap crust nya rasa mcm tak feel la buat cheese tart. Justeru, dari crust nya saya memang prefer buat sendiri. Jom kita tengok bahan2nya: Crust: 1. Satu cawan butter 2. Satu biji telur 3. Tiga cawan tepung gandum 4. 3/4 cawan gula icing 5. Satu sudu susu tepung 6. Satu sudu kecil esen vanila Cara2: 1. Kacau dengan spatula gula dengan butter dua tiga minit, dan masukkan telur. Tak perlu putar lama sekadar sebati saja. Masukkan satu sudu kecil esen vanila. 2. Masukkan tepung dan susu tepung. Gaul guna tangan sehingga sebati semuanya Kemudian boleh terus masu...