Saya mengenali Mazrah Yunus, atau saya panggil dia Maz semasa dalam pengajian Master in Corporate Communication di UPM. Semasa mula-mula jumpa, Maz bekerja di Bahagian PRO di UNITEN. Sepanjang pengajian, kami bersama dalam kuliah, study sama2, cari bahan sama2, buat assignments, presentation dan sebagainya dalam melalui kehidupan sebagai pelajar selama setahun setengah di Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden di UPM. Cukup indah saat itu sebenarnya...bila dikenang, terasa ingin kembali semula ke masa itu...namun prinsip masa, sudah pasti apa yang telah berlalu tidak mungkin kembali lagi, hanya kenangan sahaja yang boleh kembali dalam ingatan... Mengenali Maz, secara peribadi dia seorang yang sangat baik dan terlalu caring orangnya. Maz sentiasa mengambil berat tentang kawan-kawannya, suka membantu dan menawarkan pertolongan, sentiasa bertanya kaba, cuba menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh kawan-kawannya. Maz juga suka masak, sesekali dia akan bawa ayam masak merahnya ke k...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"