Skip to main content

Sebuah Perjalanan Diam...

Ada perjalanan yang sunyi, begitu senyap sehingga hanya hati sendiri menjadi teman bicara. Perjalanan diam itu bermula tanpa isyarat, tanpa ucapan selamat tinggal. Komunikasi terhenti seolah-olah dunia memutuskan untuk membekukan hubungan yang dulunya begitu hidup. Pada awalnya, rasa sakit itu sukar dibendung. Bagai ada sesuatu yang hilang dari rutin harian – tiada lagi sapaan, tiada lagi pertanyaan tentang keadaan diri, tiada lagi perhatian kecil yang pernah membuat hati rasa dihargai.

Namun, lama-kelamaan, kita belajar bahawa tidak semua yang kita inginkan perlu kita kejar. Ada masa di mana kita perlu berhenti mencari, walaupun hati masih ingin tahu. Mungkin dia memilih untuk berdiam kerana mahu ruang sendiri, atau kerana kehidupan membawanya jauh daripada kita. Apa pun alasannya, kita perlu belajar untuk menghormati privasi itu. Mengganggu hanya akan membuat diri kita seperti melawan arus, sedangkan dia mungkin memerlukan masa untuk dirinya.

Sakit itu tetap ada. Rindu tetap mengetuk tanpa izin. Kadang-kadang, terlintas keinginan untuk bertanya khabar namun akal mengingatkan bahawa diam juga adalah jawapan. Maka kita hanya ikut rentak yang sama, melanjutkan perjalanan ini dalam sepi.

Menghormati ruang orang lain adalah tanda hubungan yang matang. Ia bukan bermakna kita berhenti peduli, tetapi kita memilih cara peduli yang lebih tenang – dari jauh. Kita meyakinkan diri bahawa jika dia benar-benar mahu hadir, dia akan datang semula dengan rela....makanya serahkan segalanya kepada rasa, masa dan takdir.

Dalam perjalanan diam ini, sudah pasti kita temui ketabahan baru. Kita belajar menahan diri, belajar berbicara dengan hati sendiri, dan belajar bahawa kadangkala yang kita perlukan bukanlah jawapan, tetapi ketenangan. Kita memilih untuk tidak menyakiti diri dengan menuntut perhatian daripada yang enggan memberikannya. Sebaliknya, kita belajar mencintai diri sendiri dengan memberi ruang kepada jiwa untuk pulih dan reda.

Perjalanan ini mungkin sunyi, tetapi ia mengajar erti sabar dan hormat. Dan jika suatu hari nanti takdir menemukan semula, maka sambut lah dengan hati yang lebih kuat. Jika tidak, kita perlu  terus berjalan – dalam diam, dengan doa yang tak pernah putus.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...