Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

Peritnya Sebuah Kehilangan...Salam Takziah

Allahuakbar... Terkedu seketika... Melayang kejap fikiran Fikiran jadi bercelaru datang macam2 menerpa dalamnya....Allah bercabang2 pula minda RZH jadi... Hati berbisik....Innalillahiwainnailaihirajiun... Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. 28 Mei 2024 tarikh yang memetrikan sebuah kepergian....tarikh ini juga sama dengan tarikh hari ulangtahun kelahiran my subordinat, Mr. Designer....yang sepatutnya saya telah plan untuk surprise kan birthdaynya pada tengah hari tu...tarikh UKM merakamkan sejarah kehilangan seorang Pengurusan Utama jatuh pada hari yang sama dengan hari lahir Mr. Designer. Perancangan untuk buat surprise kat Mr. Designer diubahsuai semula dengan pindaan...asalnya bawa ke esok hari...tapi memandangkan esok dan lusa tu diari saya full..maka lewat petang tu kami raikan juga hari ulangtahunnya....disekalikan surprise untuk seorang lagi yang kami tertangguh meraikannya due mcm2 kesibukan. Tiada apa yang dapat dibicarakan di entri kali ini, hanya se...

Aku Tidak Pergi...Aku Hanya Kembali kepada Keadaan Asal...

Hidup ini penuh dengan warna-warninya. Sudah pasti ada warna yang kita suka dan ada warna yang kita tak suka juga ada warna yang kita hanya so so saja. Terpulang kepada keadaan... Tapi kot mana pun suka atau tak suka atau so so kita tetap kena hadap. Wajib hadap mengikut kemampuan dan kebijaksanaan akal fikiran kita yang Allah berikan. Guna sebaiknya! Kadang-kadang dalam hidup ni orang kata kita telah tinggakan sesuatu yang menyakitkan kita...sebenarnya bukan kita tinggalkan atau kita telah pergi....tapi kita sebenarnya Kembali kepada diri kita yang asal. Ya...kita tidak Pergi, tapi kita cuma Kembali kepada keadaan asal kita sebelum sesuatu perkara menyakitkan atau rasa trauma itu berlaku...haaaa gituuu. konsep pergi meninggalkan tu tak sesuai sebab kita bukan pergi...kita cuma merenung ke dalam diri dan mengenalpasti apa kesilapan yang kita lakukan dan kita membuat keputusan untuk kembali kepada diri kita yang sebenar..iaitu diri kita yang asal sebelum kita mengenal perkara atau situa...

Biar Kita Belajar Menghargai...

Saling menghargai adalah perkara yang boleh merembeskan hormon bahagia. Perkara yang mudah sangat untuk dilakukan...dengan hanya melahirkan rasa penghargaan dan menzahirkannya dengan kata2 dan perbuatan....apa yang susahnya kan...just senyum, ikhlas, tuturkan dan susul dengan perbuatan yang menunjukkan kita menghargai, contohnya memberi pujian, kata2 yang indah dan memberikan sesuatu hadiah dsbnya bersesuaian. Perkara ini menjadi rumit bila halangannya adalah dalam diri kita sendiri. Kita tidak settle down dengan apa yg ada dlm hati kita contohnya kita tidak terapkan nilai murni,masih ada perasaan ego dalam diri, perasaan dengki dan khianat jadi bagaimana kita nak berlapang dada, senyum dan menghargai orang sekeliling kita...haaaa gituuu. Sebab tu kita tak express rasa penghargaan kita kat orang sebab dalamam kita sendiri pun tak settle. Justeru, untuk melatih diri menjadi seorang yang tahu menghargai maka kita mesti keluarkan semua yang negatif dlm diri kita..hidup dalam nilai diri ya...

Hati Berbunga-bunga...

Aduhai hati berbunga-bunga...dah kenapa..hadoiiii la Kenapa berbunga ni..biar lah rahsia Hmmm..arrr sudah..bahaya ni Haha buat hal ni RZH Hati berbunga2 tu bagus sebab beri rasa happy, bahagia, indah, damai, tenang dan macam2 lagi. Positif la impact dia nanti. Bila kita happy kerja juga mudah..feel kpd kerja dan terus maintain dan semangat juga di aras yg paling tinggi..wahhh gituuu.. Bila kita happy, penyakitpun tak mahu dekat...terhindar dari segala punca2 penyakit. Sihat tubuh badan, bp terkawal dan keadaan kesihatan kita stabil. Jika penat berehat Jika ngantuk tidur Jika lapar makan Jika happy bersyukur Jika sedih Istigfar Tak payah pening2...org tak buat kita buatkan..orang marah kita cool kan, orang tak suka tak perlu mengejar...orang suka ucap alhamdulillah...wahhh mudah sgt sifirnya ya. Yg penting ada matlamat dan make it done! Jadi...untuk happy dan segar fokus kepada apa yang kita perlu buat...buat yang terbaik..jgn sakiti org..jgn jahat dekat orang dan jangan singgung perasa...

Jangan Cari Penyakit Untuk Perkara yang Tidak Wajar...

Hati sifatnya sangat fragile. Hati juga tidak dapat kita kawal dengan mudah sebab segala apa yang hadir di hati dan terdetik di hati adalah tanpa kita minta atau kita plan..tiba2 ia muncul di hati bila perasaan kita terusik... NAMUN minda dan otak yang Allah beri kepada kita boleh kita guna kan untuk filter dan kawal. Filter dan kawal mengikut rasional atau kewajarannya. Rasional atau kewajaran ni pula sangat dipengaruhi oleh hukum-hakam dalam agama, norma dan nilai, juga adat dan budaya. Setiap sesuatu yang hadir dalam hati kita atau terdetik dalam hati kita...jika yang bahagia akan merembeskan hormon bahagia, jika yang tidak baik akan menjadikan emosi kita tidak stabil... Jika yang membuatkan kita rasa bahagia, tapis dan filter dulu sama ada ianya wajar atau tidak wajar untuk kita layan...jika tak wajar..lepaskan saja...jangan cari penyakit..jangan menjemput "bala" dan "bencana" dalam hidup... Jika yang terdetik di hati itu adalah membawa rasa bahagia, tapi bukan ...

Pentingnya Hormon Bahagia Untuk Kesihatan Emosi...

Hormon ini penting untuk menjaga kesihatan emosi. Justeru, buatlah sesuatu yang menggembirakan dan membahagiakan kita bagi memastikan hormon-hormon bahagia dan happy sentiasa ada dalam diri kita. Bila kita bahagia dan happy, seluruh anggota kita juga akan memberikan kerjasama yang baik kepada kita, emosi jadi elok, terhindar daripada penyakit, awet muda dan jiwa tenang.  Di dalam otak kita ini terdapat empat hormon yang akan membuat kita rasa bahagia. Keempat-empat hormon ini berfungsi untuk menjaga kestabilan emosi seseorang.  Jom kita kenali secara ringkas, hormon-hormon yang akan dirembeskan oleh otak apabila kita melakukan akitiviti-aktiviti yang menggembirakan: 1. Hormon Endorfin - Hormon ini dihasilkan oleh kalenjar pituitari. Sejenis Kalenjar berukuran kecil yang berada di dalam otak. Hormon ini akan dialirkan ke seluruh badan kita melalui sistem saraf. Contoh aktiviti: Berkebun, kerap ketawa Dan makan coklat  2. Hormon Dopamin - Hormon ini adalah sejenis hormon ge...

Ambil Lah Pengajaran Atas Setiap Ujian Allah....

Pagi ni kembali ke blog setelah sekian lama tidak sempat menjenguk ke sini disebabkan macam2 hal.... kesibukan dan kekangan masa yang sangat melampau. MasyaAllah. Posting terakhir adalah pada 1 April dan hari ni sudah 11 Mei...hampir sebulan setengah tidak berkarya. Kesibukan, kepenatan dan kemalasan juga menjadi penyumbang kepada momentum untuk menulis. Kemalasan tu bukan lah kemalasan total, tetapi kemalasan disebabkan masa yang ada hanya mahu digunakan untuk berehat sahaja...berehat dan recharge diri untuk full swing bila hari bekerja. Masa juga berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar dah nak masuk setengah tahun rupanya kita di tahun 2024 ini. Terasa macam baru semalam meninggalkan penghujung Disember 2023 dan baru semalam memasuki awal Januari 2024...kini sudah nak memasuki Jun 2024. Allahuakbar... Peredaran masa yang dirasakan begitu cepat ini sentiasa mengingatkan diri saya bagaimana arwah nenek saya selalu ulang sebut dulu..kata nenek "Bila dekat nak kiamat nanti mas...