Hari tua... Tiada siapapun yang dapat menjangka hari tua masing-masing. Rezeki dan bahagian masing-masing. Semua Allah dah tulis untuk setiap hamba-Nya. Cuma antara doa dan takdir yang manakah lebih kuat. Hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Usah dirisaukan sangat...yang penting kita tidak pernah berhenti daripada berdoa. Doa yang terbaik buat diri kita. Allah Maha Mendengar dan Maha Memahami...jangan berputus asa..sentiasa berfikiran positif dan kuat selalu mental dan fizikal. Kembali kepada cerita hari tua kita jika umur kita panjang. Semasa hari tua sudah pasti setiap seorang akan mengimpikan untuk terus kekal sihat. Kesihatan adalah perkara nombor satu. Keduanya adalah kita nak bahagia dan tenang-tenang saja. Bahagia melalui hari tua tanpa ada tekanan dan kita enjoy dengan kehidupan mengikut kesukaan dan rasa happy kita. Hari tua bukan lagi masa untuk kita masih penat bekerja mencari rezeki, hari tua adalah hari untuk kita berehat dan memberikan fokus kepada ibadah sepenuhnya di s...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"