Skip to main content

Kita Yang Semakin Tenat...

Jenuhnya!

Macam2 sungguh sandiwara dunia ni. Terkadang rasa sangat penat untuk kita ambil fikir dan ambil cakna.

Bertanya kepada diri yang mana betul yang mana salah ni. Hingga rasa keliru tahap tenat..mmg jenuh!

Teringat pula, arwah nenek selalu berpesan tanda2 dunia akhit zaman, antaranya kejahatan bermaharajalela. Di peringkat besar atau di peringkat kecil akan ada saja kejahatannya...owhhh inilah agaknya yang dimaksudkan. 

Manusia seakan tidak boleh hidup senang kalau tak melakukan kejahatan. Dah habis positif nak fikirkan ni...mungkin seseorang itu tak sengaja atau tak sedar yang dia  sedang melakukan kejahatan. Dalam masa yang sama datang pula pemikiran, masakan manusia tak dapat membezakan baik dengan jahat....macam tak logik pula. Kadang2 bila dilihat kepada orangnya,  tengok mcm orangnya baik2 saja, tapi di sebaliknya tunduk juga kepada "kejahatan".

Atau mungkin juga sifat jahat itu sukar didefinisikan? Mana mungkin sukar didefinisikan kerana sejak zaman darjah satu lagi kita diajar mata pelajaran Agama Islam, mata pelajaran sivik dan sebagainya lagi yang jelas membezakan antara baik dan jahat. Terutamanya mata pelajaran sejarah, yang sangat jelas memaparkan perkara jahat perkara baik dalam kesultanan Melayu, kejahatan dalam bab penjajahan bangsa asing dan mcm2 lagi. Sejak kecil juga kita dididik oleh ayah dan ibu tentang kebaikan dan menegah drpd melakukan kejahatan sebagaimana yang dituntut dalam agama kita.

Ya, jelas sekali...kita semua telah terdidik sejak awal kehidupan lagi.

Sudahnya di mana silapnya?

Mungkinkah bila semakin dewasa, kita semakin kreatif dalam berfikir sehingga kita lupa yang mana satu baik dan yang mana satu tidak baik. Yang kita tahu apa jua kehendak kita perlu kita peroleh dalam apa cara sekalipun. Bila ini pemikiran kita...adakah maksudnya "jalan betul pun tak apa, jalan tak betul atau jalan pintas pun tak apa" asalkan plan sukses!

Mungkin juga bila semakin dewasa kehendak dan keinginan kita semakin besar menjadikan kita begitu mengejar nama dan kuasa sehingga menjadikan kita tidak segan silu dan menjadi begitu rakus. Sifat tamak kita semakin tinggi sehingga kita hilang pertimbangan dan kewarasan. Demi mencapai kehendak, kita sanggup melakukan benda tidak betul dan mengenepikan hukum dan adab....agaknya mungkin kita tidak sedar yang itu semua kejahatan atau itu kita definisikan sebagai "kebaikan".

Ada juga situasi kita membiarkan diri kita diperkudakan atau ditunggang demi mencapai matlamat mereka yang memiliki kuasa. Mungkin juga situasi ini agak complicated...tak diikut, ini arahan..nak diikut, hati berbisik "ini bukan caranya"..sudahnya jadi "pening lalat"...mengapa pening lalat, sebab akhirnya akur jua. Sudahnya benda salah terus-terusan salah...Bila dah byk yang salah daripada yang betul makanya yang salah tu lah yang jadi betul dan yang betul tu yang jadi salah...Mmg dunia akhir zaman begitu sifatnya. Dunia makin tenat dan kita penghuninya lagi super duper tenatnya.

Sekadar sembang2 kosong mengikut apa yang keluar dari benak saja kerana pemikiran kita tiada sempadannya...

Salam Hormat.

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...