Malam tadi masak Lala Tumis mudah2 ore kelate kata. Seharian tak jamah nasi kecuali sedikit nasi lemak di awal pagi kat ofis. Hanya makan satu per empat daripada bungkusan nasi lemak tu. Hmmm... Malam tadi selepas maghrib masakkan Lala ni untuk dinner. Jarang masak belah malam sebenarnya, tetapi sebab seharian tak jamah nasi, makanya masak la juga simple2. Nak beli luar pula, serasa nak makan masakan yang dimasak sendiri, baru kena dengan selera. Justerunya, masaklah juga yang simple2 goreng dan tumis saja. Maka siap lah ikan kembung goreng pedas dan Lala Tumis kosong atau tumis mudah ni. Tumis lala ni sangat mudah. Ore kelate kata semesek. Bahan2nya cuma guna dua ulas bawang putih, seulas bawang merah kecil tu, dua batang serai dan satu sudu cili giling, satu tangkai cili api jika suka sekadar untuk aroma saja. Jika suka belacan boleh taruk secoit belacan. Saya tak taruk kali ni. Cara-caranya pun sangat mudah bila bahan2 masakan pun mudah. 1. Basuh bersih2 lala sebab ia ber...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"