Malam ni sebenarnya masih rasa malas nak menulis, tapi saya jenguk juga la ke blog ni yang sudah lebih seminggu saya tidak menulis apa-apa . Masih penat agaknya selepas kembali dari bercuti. Keinginan untuk menulis tu ada, tapi 'kemalasan' yang bertenggek ni juga boleh tahan juga darjah kemalasannya...namun selepas solat isyak, saya gagahi juga capai 'notebook' di birai katil dan mula menitipkan tulisan ini. Dalam entri ni kita tidak bercerita dulu tentang percutian saya dan husband di Hatyai dan Songkla pada 23 hingga 25 Disember 2015 lalu. Tapi kita bercerita dulu tentang persiapan untuk bercuti. Cerita tentang Hatyai dan Songkla kita tunggu mood dan tenaga lebih okay sedikit....jadinya tentang percutian itu kita bercerita di entri akan datang. Sebelum kita pergi kepada panduan untuk bercuti, mari kita fahami dulu maksud sebenar bercuti itu sendiri. Mengikut Kamus Dewan, percutian ini bermaksud sesuatu yang membawa kepada perkara-perkara yang melapangkan fikira...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"