Sekian lama masa berlalu sejak saya berpisah dengan mantan boss yang pernah menjadi antara pemimpin terbaik dalam perjalanan kerjaya saya. Beliau pergi membawa langkah yang lebih besar, meninggalkan organisasi ini untuk meneruskan kepimpinan di peringkat tinggi, di beberapa agensi penting, termasuk sebuah kolej universiti. Dari jauh saya melihatnya terus maju — seorang wanita yang penuh keyakinan, berwibawa, dan tetap memancarkan aura kepimpinan yang tidak pernah pudar. Sekian lama khabar beliau hilang terus dari radar saya. Tetapi hari ini, tiba2 saya mendapat khabar beliau dari seorang kenalan. Berita yang tiba sangat mengejurkan saya...bagai tak percaya. Rasanya menyentuh dada dengan kejutan dan kesedihan yang mendalam. Mendengar bahawa beliau kini sedang dirawat di hospital, dan lebih menyayat hati apabila dimaklumkan kedua-dua kakinya telah dipotong akibat komplikasi kencing manis — ia seperti sebuah takdir yang begitu berat untuk dibayangkan. Sukar percaya bahawa wanita yang dulu...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"