Dua tiga hari lepas, dalam kesibukan sempat cilok masa sekejap untuk jumpa sahabat baik. Jarang sgt keluar secara nyata dengan dia..tapi di whatsApp mmg sentiasa bersembang dan berkongsi cerita. "Mana kita nak makan ni" tanya saya sambil menekan pedal minyak. "Aku rasa nak makan di Manggir" tambah saya sambil teringat rasa sedap nasi manggir dengan kuah dan sambalnya..tapi orang ramai kat situ, panas tu satu hal la pulak...saya menambah lagi..haha Dia jawab dia ok saja mana2...sambil warning kan saya.."ko ok ke keluar dengan aku ni..karang nanti jadi isu pulak"...haha bukan main lagi sahabat saya ni nak menduga saya. Saya gelak besar sambil fokus pada pemanduan. Dia menambah lagi "ko tu pun tak boleh tempat panas"...saya tergelak kecil... "Pada aku, semua yang berlaku adalah dengan izin Allah. Tiada apa yang nak ditakutkan. Kuasa dan pangkat bukan perkara yang dikejar..dan aku juga tiada agenda...niat bekerja kerana Allah...moga Allah ter...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"