Skip to main content

Hati Yang Retak Tak Mungkin Berbalik Asal...

Hati yang telah retak umpama gelas yang telah pecah. Takkan mungkin menjadi seperti asal. Retak itu meninggalkan kesan trauma yang sangat mendalam juga kesan kepada perasaan dan emosi.

Hati itu untuk dijaga dan dibelai bukan untuk disakiti berulang-ulang. Ditipu berulang-ulang dan disiat berulang-ulang. Pedihnya menikam begitu dalam dan kesan traumanya tak mungkin hilang.

Terkadang hati itu agak sukar juga untuk difahami...merelakan diri untuk disakiti dan terus disakiti sehingga sakitnya sangat bisa dan memakan diri. 

Ubah pemikiran!

Ambil pemikiran yang rasional dalam membuat pertimbangan. Berfikirlah dengan waras... Jika tiada penghujungnya kepada sebuah perhubungan, malah lebih menyakitkan maka tinggalkan saja. Tambahan pula sekeping hati yang sentiasa rasa terluka dan pedih. Untuk apa kita merelakan diri untuk disakiti berulang-ulang hanya kerana sebuah rasa kasih dan cinta yang tidak membawa kepada sebuah destinasi.

Tanya pada diri untuk apa sebuah perhubungan jika tiada noktah dan penghujungnya...tiada destinasi akhir. Dalam membuat pertimbangan ini, diri perlu ditempatkan di alam realiti dan bukan alam fantasi. Jika alam fantasi, semuanya yang indah saja, sedangkan di alam realiti, banyak onak dan durinya.

Kasih dan cinta itu adalah milik hati...cinta itu tidak semestinya bersatu...cinta yang ikhlas kekal di hati walau taufan dan badai melanda. Maka simpan saja di hati menjadi kenangan sehingga ke penghujung usia.

Kembalikan diri kepada Allah. Mengadu pada-Nya. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Anggap saja apa yang telah dilalui itu sebagai kenangan yang tidak perlu diulang lagi. Cukup sampai di situ saja. Mohon Allah berikan petunjuk dan solusi yang terbaik. Itu saja jalan yang ada!

InsyaAllah....Allah sentiasa bersama. Minta pada-Nya.

Kasih dan sayang itu milik Allah. Kembalikan semula kepada Allah. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Percutian di Medan, Indonesia

Kali ini aku ingin berkongsi tentang percutian aku ke Medan. Walaupun dah lama sebenarnya aku ke sini, pada Julai 2011 lalu...wah cepat betul masa berlalu, sudah empat tahun berlalu...masa aku bercuti ke sini, aku masih dalam cuti belajar lagi. Sekadar menitipkan kenangan dan pengalaman yang telah dilalui, makanya aku rajinkan juga menulis. Aku mempunyai pandangan yang tersendiri tentang Medan, antaranya untuk dikongsi adalah: 1. Sangat sesuai untuk percutian famili, pemandangan cantik terutamannya di Danau Toba dan sepanjang perjalanan ke sana. Alam semulajadi yang masih kekal keasliannya, nature. 2. Makanan dan minuman memang sedap - sesuai dengan taste aku. 3. Untuk shopping juga 4. Bandarnya masih damai dan tenang..tiada hiruk pikuk, kebisingan dan jem yang teruk. Aku ke sini dengan kawan aku from Kelantan. Kawan aku ke sana atas urusan bibiknya, dalam masa yang sama sambil bercuti dan dia membawa sekali famili bersama. Kami berada di sana selama 4 hari. Perjalanan ke ...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...