Bertemu lagi kita di alam blog ini. Entri kali ini saya nak kongsikan resepi roti jala. Roti jala ni adalah sejenis makanan yang dibuat daripada gandum dan dimakan dengan gulai kari, kuzi, kuah manis, kuah durian dan sebagainya lagi. Saya biasanya akan makan dengan kari daging atau ayam, juga kuzi. Tapi sebelum tu, saya nak kongsikan sedikit pengalaman dan nostalgia zaman saya remaja dulu. Famili belah umi saya ni kiranya terkenal dengan roti jala ni. Mak saudara saya belah umi, Che Tie, Che Zah, dan Che Lan memang sangat pakar dalam bab roti jala ni...siap pakar dengan gulai kuzinya sekali...memang sedap dan terbaik....seribu penghargaaan kepada adik-beradik umi yang pernah hadir dalam lakaran hidup saya...banyak memberikan pengalaman dan motivasi semasa saya masih di alam remaja. Bila ayah saya kawin dengan umi, masa tu umur saya 11 tahun. Maka saya mula mengenal rapat dan 'sehidup semati' dengan roti jala ni pada setiap musim hari raya. Dulu-dulu m...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"