Alhamdulillah tahun ini Allah masing lanjutkan unur dapat bertemu lagi dengan Ramadan 1447H/2026. Ramadan pertama sentiasa hadir dengan rasa yang berbeza. Ada getar halus di dada, seolah-olah hati sudah lama menunggu ketibaannya. Malam sebelum bermula puasa, suasana rumah terasa lain... lebih hidup, lebih teratur, lebih bersedia. Dari dapur sudah kedengaran bunyi periuk dan pinggan, aroma bawang ditumis perlahan-lahan memenuhi ruang. Perasaan teruja itu bukan sekadar kerana tibanya bulan mulia, tetapi kerana peluang untuk memperbaharui diri, memperkemaskan jiwa, dan memulakan sesuatu yang lebih baik. Sejak petang lagi, kerja mengemas rumah dilakukan dengan penuh semangat. Karpet disedut, langsir dibetulkan, meja makan disusun rapi. Seolah-olah bukan sahaja rumah yang dibersihkan, tetapi hati juga sedang dipersiapkan. Ramadan mengajar bahawa kebersihan luaran mencerminkan dalaman kita. Setiap sudut rumah yang kemas memberi rasa lapang, tenang dan damai. Lampu dipasang sedikit...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"