51 minit memasuki tahun baharu 2024. Dari dalam rumah bunyi bunga api berdentum dentam dari pelbagai arah...agaknya jika keluar ke beranda rumah akan nampak la percikan bunga api ni. Sahabat dari KL juga mengirimkan video sesambil mengucapkan Happy New Year buat geng kami yang sama2 buat corp comm dulu. Video percikan besar bunga api dari view roof top rumahnya...cantik sangat pemandangan Bandaraya KL di waktu mlm. Okey kembali kepada tahun baharu 2024 ni, saya sekadar mengambil kesempatan menitip sesuatu sbg kenangan penulisan permulaan memasuki 1 Jan 2024. Pertamanya, saya nak mrngingatkan diri saya bahawa hari ni 1 Jan 2024 adalah permulaan hari di tahun 2024 yang jatuh pada hari Isnin. Ada 365 hari perlu dilalui untuk tahun 2024 ni. Jadi mental dan fizikal sudah disetkan untuk bersedia dgn apa jua cabaran yang datang...mode "ready dan stanby" telah diaktifkan. Keduanya, saya nak ingatkan diri saya supaya sentiasa istiqomah dengan apa yang telah di set kan dlm diri. Apa ju...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"