Bicara lewat petang dengan seorang sahabat. Banyak membuka hati dan minda. Bicaranya tentang satu perangai manusia yang perlu dielakkan. Saya sekadar mendengar...tidak menambah tidak pula menyampuk. Dalam hati mengiakan. Sesekali mengukir senyum bermakna. Katanya, dalam hidup ni jangan biarkan hati kita disakiti dan dipermainkan berulang2. Keluarkan diri dari radar yang penuh dengan kesakitan, kekecewaan, kesangsian dan penuh dengan rasa ketidakpercayaan. Saya mengangguk-angguk tanda setuju. Katanya lagi, manusia yang sentiasa hidup dalam menipu tapi bersikap selamba saja macam tak buat salah adalah manusia yang tidak bermaruah dan tidak boleh dipercayai. Hidupnya penuh dengan drama2 indah yang mampu membujuk, meyakinkan orang dan mencairkan hati orang. Jauhkan diri daripada orang yang berperangai sebegini kerana penghujungnya akan menyakitkan dan memedihkan. Jangan buang masa kita berada dalam radar orang yang tidak jujur ni. Energy kita akan dicuri dan gelombang positif kita akan dit...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"