Sejak seminggu yang lalu, teringat Brownies Kartika Sari di Bandung. Memang sedap dan terbaik Browniesnya. Sesiapa yang berkunjung ke Bandung wajib singgah di Kedai Kartika Sari untuk membeli pelbagai jenis Brownies, roti, dan kuih-muih, boleh dibawa pulang sebagai ole-ole. Okey, saya stop dulu bercakap tentang Kartika Sari kerana tujuan entri ini adalah untuk berkongsi bagaimana cara membuat Brownies seperti di atas. Membuat Brownies ni memang sangat mudah sebenarnya...sambil2 buat kerja lain pun boleh buat Brownies ni. Prosesnya tak seperti kita membuat kek yang perlu 'berseni dan berlembut' bagai...buat Brownies ni, orang tua kata macam kita masak 'campak-campak' saja. Resepi ni saya ikut salah satu resepi yang dikongsi di FB, tapi dah lupa nama FB nya...tkasih kepada penyumbang asal resepi ini. Semasa ke Bakeri di Seri Putra tadi, saya sempat berborak dengan tuan empunya kedai tentang Brownies, sempat juga dia kongsikan tips membuat B...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"