22.11 tarikh ulang tahun bertamu lagi. Alhamdulillah rasa syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia pada tahun 2024 ini dan dapat bertemu lagi dengan tarikh kelahiran pada tahun ini. Last year semasa melewati tarikh ini doa dipanjatkan kepada Allah agar usia dipanjangkan dan dpt bertemu lagi tarikh hari lahir berikutnya..dan tanggal 22.11.2024 yang lalu Allah ketemukan lagi..alhamdulillah. 360 hari yang berlalu terasa begitu cepat...begitu pantas masa beredar..detik demi detik, hari demi hari, dan bulan demi bulan...genap setahun tanpa sedar...bagai sekelip mata sdgkan jika dihitung...tempoh masa yg beredar adalah 360 hari. Allahu masa... Rasanya baru sekejap birthday surprise tahun lepas diadakan oleh staf buat saya...sambutan tahun ini bertemu lagi pada tanggal yang sama. Seperti biasa team di ofis merancang kejutan buat saya...perancangan begitu rapi dibuat..seminggu awal rupanya perbincangan telah dibuat...lengkap dengan flow nya yang disusun semua dalam Tertib...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"