Kadang2 untuk menjadi seorang ketua yang baik kita perlu bersedia dan redha untuk menyakiti hati sendiri dengan menahan kepedihan dan kesakitan hati dan perasaan. Maksudnya kena bersabar dan menahan rasa demi menjaga hati dan perasaan pasukan yang dipimpin. Itu la namanya kerja dan kehidupan. Kehidupan yang mengajar kita untuk bersabar dan menahan diri daripada menyakiti hati orang lain walaupun hakikatnya hati kita yang sedang kita sakiti. Itulah pengorbanan tanpa sedar yang perlu kita hadap. Ada masa yang kita perlu menyakiti hati kita sendiri demi menjaga hati orang lain walaupun kita di pihak yang benar. Apa maksud saya dengan "menyakiti diri sendiri" tu. Maksud saya di sini adalah, kita yang tersakiti bila kita menahan kata menahan diri daripada membuat teguran dek kerana kita tidak ingin menyakiti hati orang lain dengan kata2, nasihat atau panduan dan perbuatan kita, sedangkan hakikatnya sebagai ketua kita perlu memastikan semua perkara dijalankan dengan baik...pantas, ...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"