Sekian lama tidak menjenguk ke blog due pelbagai kekangan. Tersedar di awal dinihari ini menarik rasa untuk menulis ringkas. Lantas blog dijenguk untuk menitip sesuatu yang hadir mengetuk minda. Sebagai manusia, tiada batasan kepada pemikiran kita. Pemikiran kita boleh menjangkau apa jua yang ingin kita fikirkan. Baik atau jahat pemikiran kita bergantung kepada sejauhmanakah baiknya hati kita...keimanan kita. Sekadar bercakap tentang pemikiran. Tiada keterbatasan dalam berfikir. Namun kita perlu melihat kepada kesan daripada pemikiran dan perbuatan kita...baik dan buruknya. Walau tiada batasan, namun perlu lihat kepada natijahnya, dosa dan pahalanya. Jika pemikiran kita terbatas kepada perkara yang baik2 sahaja, maka alhamdulillah kita masih lagi memegang kukuh iman kita kepada Allah. Kita masih lagi ingat bahawa segala sesuatu itu milik Allah...hanya dipinjamkan sekejap cuma kepada kita. Sampai ketika akan diambil semula. Jika pemikiran kita menjangkau seluas-luasnya tanpa ...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"