Semua orang mempunyai minat dan hobi tersendiri. Minat dan hobi ini adalah 'teman rapat' dan menjadi 'darah daging' kita. Minat dan hobi ini datang dari dalam diri kita, dan bukan ia datang begitu-begitu sahaja. Minat dan hobi ini adalah kesukaan peribadi kita. Ia adalah perkara yang kita suka untuk melakukannya dan bukan perkara yang dipaksa-paksa untuk melakukannya. Minat itu akhirnya menjadi hobi yang kita akan merasa gembira dan bahagia, serta senang setiap kali melakukannya. Kita akan terus setia melakukannya sehingga mungkin jua tiba satu ketika kita berhenti daripada melakukannya. Berhenti itu bukan bermakna kita sudah tidak berminat lagi, tapi mungkin ada faktor-faktor yang menghalang. Namun minat dan hobi akan tetap kekal berada di hati walaupun kita tidak lagi meneruskannya lagi. Mengikut Kamus Dewan, minat bermaksud kecenderungan atau keinginan kepada sesuatu; menggemari sesuatu. Manakala hobi pula adalah kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bu...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"