Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor dan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Bukit ini mempunyai ketinggian 400 meter dari paras laut. Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang kerana banyak rumput dan lalang yang tumbuh di kawasan ini. Kalau dari UKM, perjalanan ke Bukit Broga mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bukit Broga terkenal dalam kalangan pendaki juga orang awam yang berminat dalam melakukan riadah dan rekreasi. Bukit Broga ini juga menjanjikan pemandangan dan panorama yang sangat cantik, terutamanya pemandangan melihat matahari terbit di puncak ini. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Bukit ini juga merupakan awal pendakian untuk mendaki gunung Tok Wan. Sebagai pembuka tirai tahun 2017 ini saya membawa staf ke Bukit Broga. Hasrat untuk membawa staf ke Broga ini sudah lama tersemat dalam hati, cuma kekangan waktu dan kesesuaian masa saja yang menjadikan ianya ter...
Blog ini akan berkongsi tentang pengalaman yang memotivasikan, aspek pengurusan dan kepimpinan, komunikasi dan perkongsian resepi pilihan. "Dunia ini hanya persinggahan sementara, maka lalui perjalanan ini dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan di jalan yang diredhai Ilahi"